90 Ekor Kucing Diselamatkan Dari Rumah Yang Beroperasi Sebagai ‘Santuari Kucing’

Menurut FoxNews, 90 ekor kucing diselamatkan dari rumah di Tennesse yang beroperasi sebagai santuari kucing menurut organisasi tidak untung Animal Rescue Corps.

Organisasi ini segera ke rumah di Morris Chapel di Barat Tennesse pada hari Rabu yang lalu dan menemui kesemua kucing yang dikatakan sangat sakit dan tidak terurus.

Kredit gambar: Animal Rescue Corps; Michael Britt

Animal Rescue Corps (ARC) mengeposkan di page Facebook mereka dan menyatakan yang rumah tersebut pernah beroperasi sebagai santuari kucing.

“Pemilik/ pengopersi meminta bantuan selepas penyakit dan kesukaran yang berlaku membuatkan mereka tidak mampu untuk menyediakan penjagaan yang diperlukan,” tulis pos tersebut.

Ikan-ikan dari aquarium juga diambil dari rumah tersebut.

Veterinar ada di tempat kejadian untuk memeriksa kesemua haiwan-haiwan dan memberikan rawatan segera jika diperlukan.

Kredit gambar: Animal Rescue Corps; Michael Britt

Ada beberapa ekor kucing mengalami masalah pernafasan dan jangkitan mata, parasit serta masalah kesihatan yang lain.

Dua ekor kucing mengalami patah kaki dan seekor kucing mempunyai permindahan darah dengan segera, pegawai perhubungan ARC berkata kepada FoxNews menambah yang kini kucing ini sedang dalam proses penyembuhan.

Kredit gambar: Animal Rescue Corps; Michael Britt

Kesemua haiwan-haiwan ini dilepaskan dan dibawa ke pusat penyelamatan mereka di Lebanon, Tenn, yang berada dalam 30 batu utara Nashville. Cunningham berkata pemilik kucing melepaskan hak penjagaan kucing-kucing tersebut dengan rela hati.

Sejurus selepas haiwan-haiwan ini mendapat rawatan dan divaksin mereka akan dilepaskan ke organiasasi rakan mereka di mana pasukan penyelamatan lain di serata AS, dan mereka akan dibuka untuk adopsi, kara Cunningham.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment