9 Tanda Diabetes Di Kalangan Kucing

Diabetes di kalangan kucing semakin meningkat.

Tidak diketahui apa sebenarnya punca, tapi selalunya terjadi pada kucing tua dan kucing yang obes. Kucing jantan lebih berisiko berbanding kucing betina.

Menurut Cornell Feline Health Center, penyakit lain yang dikaitkan dengan diabetes termasuklah pankreatitis, penyakit hormon seperti penyakit Cushing dan hyperthyroidism serta sesetengah ubat seperti megestrol acetate dan corticosteroids.

Jika anda perasan 9 tanda ini pada kucing anda, bawalah ke veterinar secepat mungkin. Lebih cepat rawatan dimulakan lebih bagus.

1. Kekerapan kencing meningkat

Ini merupakan tanda yang ramai pemilik kucing sedar apabila mereka tiba-tiba perlu membersihkan kotak pasir dengan kerap. Menurut Dr. Kathryn Primm, DVM, pemilik Hospital Haiwan Applebrook dan penulis blog Animal Stuff You Wonder About, menjelaskan yang glukosa pada darah meningkat pada tahap ia mula memasuki ke dalam urin. Oleh kerana cara buah pinggang berfungsi, peningkatan molekul gula menarik cecair ke urin sama caranya dengan memakan makanan masin dan menyebabkan beberapa manusia merasakan kaki mereka membengkak oleh kerana penarikan cecair ke dalam ruang antara sel.

2. Sering dahaga

Dr. Primm menambah oleh kerana kucing anda kerap kencing dan kehilangan kesemua cecair, jadi kucing anda akan sentiasa dahaga. Kucing yang sering minum ait atau duduk dan meminta air mungkin mempunyai masalah kesihatan.

3. Selera makan meningkat

Jika tiba-tiba sahaja kucing anda menjadi berselera dan meminta lagi makanan walaupun sudah makan, ini berkemungkinan kerana tubuhnya tidak menerima tenaga yang dari makanan yang dimakan.

Dr. Primm menjelaskan yang apabila kucing yang mengalami diabetes makan, ia hanya meningkatkan kadar gula dalam darahnya kerana ia tidak mempunyai insulin untuk membantunya menukarkan glukosa tersebut menjadi tenaga.

4. Kehilangan berat badan

Walaupun kucing anda makan dan minum air dengan banyak, kucing anda masih kehilangan berat badan.

Dr. Primm menjelaskan yang oleh kerana sel-sel dalam tubuh kucing tersebut secara dasarnya sedang kelaparan, tubuh kucing akan mula menggunakan lemak yang disimpan jadi kucing akan kehilangan berat badan dengan dramatik sekali.

5. Tidak terurus

Oleh kerana dalaman kucing anda bekerja keras jadi luaran kucing anda akan menjadi tidak terurus. Kebanyakan kucing diabetes kelihatan sangat teruk. Kurus, bulu kusam serta bulu kasar dan seringkali gugur seperti yang dikongsikan oleh Dr Primm.

6. Lemah pada kaki belakang

Ini merupakan petanda yang mudah untuk dikesan namun ianya petanda besar yang sepatutnya memotivasikan anda untuk segera ke veterinar. Dr Primm berkata 10% kucing yang mengalami diabetes menunjukkan tanda “diabetik neuropatik” yang bermaksud lemah pada kaki belakang.

Kucing yang mengalami isu ini tidak mampu melompat secara normal atau akan berdiri pada hock iaitu sendi di atas tapak kaki berbanding tapak kaki mereka sendiri.

7. Kencing di luar kotak pasir

Bukan bermakna kucing anda marah atau nakal, tingkahlaku ini selalunya ada sebabnya samaada isu kesihatan atau isu tingkahlaku yang menyebabkan kucing anda kencing di luar kotak pasir.

Kucing yang mengalami diabetes seringkali kencing di luar kotak pasir, jadi ianya sesuatu yang perlu anda memberitahu doktor veterinar anda.

8. Kelesuan

Oleh kerana kucing anda tidak mendapat tenaga, sudah tentu ia akan keletihan dan kelesuan. Kebiasaannya kucing memang akan tidur dengan banyak tapi bukan tidur sepanjang masa. Berjaga-jagalah dengan corak rutin normal kucing anda dan sekiranya kucing anda tiba-tiba sahaja selalu tidur berbanding bermain, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada kucing anda.

9. Nafas berbau manis

Nafas kucing yang berbau manis sememangnya satu perkara yang bagus berbanding bau nafas kebiasaan mereka. Tapi nafas kucing yang berbau manis adalah petanda biasa diabetes dan anda perlu segera ke veterinar.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment