9 Kafe Kucing yang ada di Malaysia

Pergh dengar tajuk post pon dah best kan. Apatah lagi apabila pergi menjenguk kafe kucing yang ada di Malaysia ini.

Trend kafe kucing bermula di Taipei, Taiwan dan mendapat sambungan yang agak baik di Malaysia. Jom kita tengok kafe kucing yang ada di Malaysia ni. Kalau ada yang berdekatan ngan MM, boleh jugak MM usha tengok.

1. Purradise Cat Cafe (TTDI)

Purradise Cat Cafe yang beroperadi TTDI ini bertemakan taman fantasi. Hiasan dinding dan dekorasi kafe ini amat cantik dan indah sekali. Suasana fantasi tersebut akan lebih dirasai saat anda bermanja dan bermain dengan kucing-kucing yang ada di sana. Kafe yang diusahakan sepasang kekasih ini juga boleh diibaratkan seperti “Syurga Kucing”.

Idea Kafe kucing ini bermula dengan niat untuk menjaga kebajikan kucing terbiar di Malaysia. Keuntungan yang diperoleh oleh kafe ini akan disalurkan semula untuk kebajikan kucing terbiar yang lain. Bayaran dikenakan mengikut masa jika anda berkunjung di sini. Ini adalah untuk memastikan kedai ini tidak terlalu sesak untuk mengelakkan kucing di sini berasa stress.
Alamat: No. 24A, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
No telefon:03-2389 0976
Waktu Operasi: 11:00 – 19:00 (Buka setiap hari)
Segala info anda boleh rujuk FB page Purradise Cat Cafe

2. CatSignature Cafe & Studio (Bangi)

Cat Cafe & Cat Studio, Satu kelainan untuk pelanggan. Ground Floor – tempat pelanggan makan-makan, 1st Floor Studio Taman Permainan Kucing. Anda boleh datang dan bermain dengan kucing di situ secara percuma.

Waktu operasi : 4 petang – 12 malam

Hari operasi : Setiap hari

Waze : Catsignature cafe & studio

Lokasi : Seksyen 8 bangi, bersebelahan temerloh catering, sebaris bank islam bangi

3. Good Meowning Cafe (Cheras)

Bertempat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Good Meowning Cafe juga satu satunya cat cafe di Malaysia yang mendapat rating 5 bintang. Team neighborscat merupakan satu pasukan yang mengulas tentang semua cat cafe seluruh dunia yang mana mereka telah melawat lebih 199 cat cafe dari 29 negara.

Mula beroperasi pada 4 Januari 2016 yang lalu, kafe ini ringkas dengan temanya yang kasual. Good Meowning Cafe menyediakan ruang khas untuk para pelanggan mendekati, bermain, membelai mahupun bergambar bersama kucing-kucing yang ada di situ. Caj RM7 (30minit) dikenakan untuk memasuki ruang khas tersebut.
Alamat: No 1, Jln Suasana 2/7A, Bdr Tun Hussein Onn 43200 Cheras, Selangor
No Telefon: +60 17-912 7686<
Waktu Operasi: 10:00 – 22:00 (Isnin Tutup)
Segala info boleh didapati di FB page Good Meowning Cafe

4. Kopicat Cafe (Subang)

Kopicat Cafe yang dahulu dikenali sebagai Coffee Cottage telah ditubuhkan pada Januari 2014 sebagai sebuah kafe kucing yang unik, yang merupakan satu konsep yang diambil dari Jepun. Kafe ini juga menyediakan minuman kopi yang segar dan pelbagai hidangan istimewa termasuklah kek yang dijual dengan harga istimewa pada setiap hari Rabu. Mereka menyediakan pencuci mulut dan minuman seperti kopi, teh dan coklat sebagai sajian utama.

Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan pelanggan, mereka memperluaskan kafe ke dalam makanan dan snek. Selain makanan yang menarik, tentunya kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kucing yang gebu, comel dan membuatkan anda berasa geram apabila melihat nya.

Kafe ini mempunyai 10 kucing mesra yang terdiri dari baka yang berbeza. Kucing yang menghuni kafe ini, ada kucing terbiar yang terselamat dan juga kucing peliharaan yang di beli dari kedai.

Pelanggan boleh masuk ke bilik kucing tanpa had masa dan hanya perlu membeli makanan/minuman yang disediakan.
Alamat: 1-1 jalan SS15/8A, 47500 Subang Jaya
No Telefon: 03-5613 0078
Waktu Operasi: 11:00 – 22:00 (Ahad-Khamis) 11:00 – 24:00 (Jumaat & Sabtu)
Segala info boleh ke FB page Kopicat Cafe

5. The Country Cat Cafe (Port Dickson)

The Country Cat Cafe dibuka sekitar Julai 2015 dan telah mendapat anugerah Cat Café terbesar di Malaysia daripada Malaysia Book of Records. Pada mulanya kat Café ini dibuka di Setapak tetapi sudah berpindah ke Port Dickson. Pemilik kafe ini sangat sayangkan kucing jalanan. Mereka beranggapan bahawa tiada kucing di dunia ini tidak patut menjadi kucing jalanan. Mereka akan membela kucing terbiar sebanyak yang mampu.

Pengunjung boleh membawa pulang kucing yang sudah menawan hati mereka. Best kan

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +6018 207 8682
Waktu Operasi: 09.00 pagi – 06.00 petang (Isnin Tutup)
Info: The Country Cat Cafe

6. CATS Cafe (Johor Baharu)

CATS (Cats At Their Sanctuary) Cafe merupakan kafe kucing pertama di Johor. Mereka yang berada di Johor pasti sudah kenali CATS Cafe ini. Ini kerana kafe ini adalah kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu. Dari awal pembukaannya sehingga kini, ia dikatakan sentiasa penuh dengan pencinta kucing.

Konsep dan dekorasi kafe ini juga agak berlainan kerana ia memaparkan konsep alam semulajadi. Terdapat beberapa dekorasi seperti tiang yang dijadikan sebagai batang pokok dan jambatan kecil di atas pokok tersebut.

Alamat: 31A, Lorong 2c, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: +60 7-207 0399
Waktu Operasi: 01.00 petang – 09.30 malam, (Rabu Tutup)
Info: CATS Cafe

7. Meow Meow Cafe (Kuching)

Jika anda berkunjung ke Sarawak, anda bolehlah mengunjungi Meow Meow Cafe ini. Ruang makan dan santai bersama kucing diasingkan bagi memastikan tahap kebersihan kafe tersebut. Meow Meow Cafe merupakan kafe kucing pertama di Sarawak. Ruang kucing terletak berasingan dengan kafe. Ada 6 kucing di sana.

Sebelum pergi ke sana untuk bermain dengan kucing, anda perlu untuk membersihkan tangan anda, dan sanitizer tangan disediakan di pintu masuk. Kasut juga tidak dibenarkan di kawasan kucing. Pengunjung perlu mengikut peraturan yang mereka tetapkan, ia adalah penting untuk memastikan kucing sihat. Segala-galanya dihidangkan dalam pinggan mangkuk bertemakan Hello Kitty.
Alamat: Lot 2641, Ground Floor, Jalan Green, 93400, Kuching, Sarawak
Nombor Telefon: +6012 888 0198
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 06:00 petang
Info: Meow Meow Cat Cafe

8. Panda Pet House (Shah Alam)

Shah Alam memang sudah terkenal dengan kafe-kafe moden yang ada di sana. Namun tahukah anda, di Shah Alam juga terdapat sebuah cat cafe yang patut anda kunjungi!

Konsep yang digunakan adalah konsep colourful yang mana amat sesuai untuk kanak-kanak. Ruang dinding kafe ini dipenuhi dengan lukisan tangan yang cantik dan berwarna-warni. Buat ibu bapa, kafe ini mungkin pilihan anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Kafe ini bukan sahaja menyediakan kucing untuk menjadi ‘teman’ anda di sana nanti, malah turut menyediakan pelbagai jenis binatang comel yang lain termasuklah arnab.

Alamat:7 jln kepuk tiga 19/2c seksyen 19 40300 Shah Alam, Malaysia
Nombor Telefon: +6012-678 4959
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 07:00 petang (Isnin-Sabtu), 11:00 pagi – 04:00 petang (Ahad)
Info:Panda Pethouse

9. Pawsome Cat Cafe (Sri Iskandar)

Kafe kucing yang bertempat di Sri Iskandar, Perak ini bukan hanya kafe semata-mata. Mereka juga menyediakan perkhidmatan boarding kucing. Pengunjung dikenakan bayaran hanya RM5 untuk bermain dengan kucing-kucing di situ selama 30 minit. Murah kan?

Alamat: 32600 Seri Iskander, Perak
Nombor Telefon:013-497 9167
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam
Info:Pawsome Cat Cafe

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment