9 Cara Elak Kucing Anda Mengganggu Tumbuhan Di Dalam Rumah Anda

Pemilik kucing seringkali menahan keinginan untuk menghias rumah dengan tumbuhan indoor kerana adanya kucing di dalam rumah.

Kebimbangan ini sebenarnya berasas kerana kucing sememangnya akan mengganggu pokok-pokok yang ada di dalam rumah. Tapi jangan risau, setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Jangan ingat pemilik kucing pon tak boleh hias rumah dengan tumbuhan perhiasan yea. Berikut merupakan 9 cara atau tips untuk elakkan kucing anda mengganggu tumbuhan perhiasan anda.

1. Semburkan dengan air

Ya kita sememangnya sayangkan kucing kita tapi ini tidak bermakna mereka boleh lakukan sesuka hati di dalam rumah. Tunjukkan pada kucing yang kita adalah bos di dalam rumah. Setiap kali anda melihat kucing anda menghampiri tumbuhan perhiasaan anda, anda boleh semburkan air dengan menggunakan botol penyembur air. Sembur sekadar untuk peringatan saja ya jangan sampai basah lencun kucing anda tu.

2. Gunakan penyembur tumbuhan yang mempunyai pewangi khas

Gunakan beberapa produk pewangi. Samada gunakan pada penyembur untuk disemburkan pada tumbuhan anda atau campurkan dengan air. Ada penyembur penghalau kucing yang dicampurkan dengan serbuk cili. Kita juga tahu bau cili yang kuat akan menghalang kucing. Tapi jangan sampai merbahayakan kucing serta tumbuhan anda.

3. Tambahkan batu-batu kecil pada tanah

Letih kan asyik bersihkan kotoran tanah setelah kucing anda mengorek pasu? Anda boleh tambahkan batu-batu kecil di permukaan tanah. Tapi jangan terlampau banyak sangat batu tersebut, dikhuatiri air tidak dapat mengalir ke dasar tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan.

4. Ubah lokasi pasu dengan kerap

Kucing akan kerap datang ke tempat yang sama jadi apabila pasu anda masih di tempat lama, kemungkinan kucing tersebut akan ganggu lagi pasu-pasu anda. Tapi pastikan kawasan baru pasu anda itu ada sinaran matahari dan terlindung dari gangguan kucing.

5. Gunakan bunyi yang kuat sebagai amaran

Kita semestinya sudah tahu yang kucing tidak sukakan bunyi yang kuat. Namun kaedah ini agak sukar kerana anda perlu kerap memerhatikan tindak tanduk kucing anda, namun kaedah ini snagat berguna apabila dilakukan secara kerap.

Dinasihatkan untuk anda tidak menggunakan kaedah ini sekiranya kucing anda merupakan kucing yang pemalu. Dikhuatiri kaedah ini akan menakutkan kucing anda sehingga kucing anda tertekan.

6. Sediakan penghadang keselamatan

Letakkan kepingan aluminium di sekeliling pasu. Apabila kucing memijak kepingan aluminium ini, bunyi yang dihasilkan akan menakutkan kucing. Jadi, selagi kucing anda tidak menjauhkan dirinya dari pasu tumbuhan anda, anda mungkin perlu mengulang teknik ini setiap hari.

Tips yang lain adalah dengan meletakkan sesuatu yang melekat seperti pelekat dua sisi. Lekatkan pelekat dua sisi di keliling tumbuhan anda seperti penghadang. Kucing sememangnya tidak sukakan sesuatu yang melekat. Selagi tidak ada ruang untuk kucing anda melompat ke arah pasu tersebut, tumbuhan anda akan selamat.

7. Kerap bersihkan kotak pasir kucing anda

Jangan biarkan bahan kumbuhan kucing anda pada kotak pasirnya terlalu lama. Kerap bersihkan kotak pasir kucing walaupun kucing anda tidak pernah mengorek tanah pada pasu.

Jika kotak pasir tidak dibersihkan, ini mungkin penyebab kenapa kucing anda sering mengganggu tanaman anda dan mengorek tanah di pasu.

8. Berikan kucing anda tamanannya sendiri

Kalau asyik diganggunya tanaman kita, apa kata anda berikan satu tanaman khas untuk kucing anda. Adalah lebih baik tanaman tersebut, pokok rumput yang boleh kucing anda kunyah.

9. Tips keselamatan

Akhir sekali berhati-hati terhadap tumbuhan yang bertoksik! Samada anda tahu kucing anda akan mengunyah tumbuhan tersebut atau tidak, tolong berjaga-jaga terhadap bahayanya tumbuhan yang bertoksik yang merisikokan keselamatan kucing anda.

Beberapa tumbuhan yang perlu diperhatikan adalah:

  • Aloe Vera
  • Pokok Lidah Ibu Mertua
  • Pokok Keladi Dieffienbacchia
  • Pokok Begonia atau Resam Batu
  • Lili
  • Pokok English Ivy
  • Pokok Kastuba atau Poinsettias

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment