8 Perkara Yang Kucing Suka Lakukan

Oleh kerana kucing merupakan haiwan yang bijak, hidup lama jadi mereka mempunyai senarai yang panjang mengenai apa yang mereka suka.

Dalam kebanyakan kes, perkara yang kucing anda suka lakukan adalah sama sahaja dengan apa yang anda suka seperti contoh makanan segar yang sedap, tidur di tempat yang selesa dan bergembira dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Sama seperti manusia, perkara yang menarik perhatian kucing atau perkara yang menggembirakan kucing akan berubah semakin mereka membesar. Kucing anda mungkin suka dengan permainan bulunya harini, namun lama kelamaan ia akan bosan juga dengan permainan tersebut. Sebagai pemilik kucing, merupakan tugas anda untuk mengenalpasti bilakah minat kucing anda berubah jadi anda boleh sentiasa menggembirakannya.

Di sini MM nak kongsikan 8 perkara yang kucing suka lakukan:

1. Kucing suka tidur

Rasa rasanya semua orang tahu yang kucing memang suka tidur sepanjang hari. Tambahan pula kebiasaannya kucing akan tidur 12 ke 16 jam sehari! Oleh kerana kucing merupakan haiwan nokturnal (aktif di waktu malam), pada waktu siang mereka hanya memenuhkan masa mereka dengan tidur sahaja.

Sebagai peringatan, anak kucing dan kucing yang sudah tua akan tidur dengan banyak berbanding kucing biasa. Namun jika kucing anda yang selalunya aktif, anda menyedari bahawa ia banyak tidur ini merupakan tanda bahawa sesuatu yang tidak kena dengan kucing anda.

2. Kucing suka merapi (menjilat) diri sendiri dan juga dirapikan (grooming)

Tahukah anda seekor kucing dewasa kebanyakannya menghabiskan masa berjam jam dengan hanya merapikan diri sendiri? Jelasnya merapikan diri ini merupakan perkara penting dalam kehidupan seekor kucing!

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing sangat berdedikasi merapi diri mereka:

Ia menjadikan kucing bersih

Bukan hanya membantu kucing membuang debu dan kotoran pada bulu mereka, namun dengan merapikan diri dapat menghalang pemangsa dan jug mangsa untuk mengesan kucing. Bagaimana? Dengan menjilat bulu dapat menghilangkan bau yang diserap oleh bulu.

Jadikan bulu dan kulit sihat

Merapi diri dengan kerap dapat menghilangkan minyak berlebihan yang semulajadi dikeluarkan oleh kulit kucing dan bulu, dengan ini bulu kucing akan sihat, bersinar dan hidrasi.

Bantu untuk mewujudkan ikatan dengan kucing yang lain

Kucing akan merapi antara satu sama lain serta manusia mereka! Ini mewujudkan dan memperkuatkan ikatan mereka. Kucing saling merapi diri untuk mengurangkan stress dan membantu mereka bertenang.

Menyejukkan diri

Manusia berpeluh jadi kucing menjilat diri sendiri untuk menyejukkan diri mereka sekiranya cuaca panas. Namun tahukah anda, kucing berpeluh di tapak kaki mereka?

Bukan semua kucing suka dirapikan oleh manusia namun jika kucing anda suka, cuba berus bulu kucing anda dengan berus khas untuk kucing. Ini akan membuang segala kekotoran yang ada pada bulu mereka disamping menenangkan kucing anda.

3. Kucing sukakan makanan segar dan penuh nutrisi

Bukan kita sahaja yang sukakan makanan sedap, begitu juga dengan kucing anda. Makanan lama bukan hanya berbau ia juga tidak elok untuk diberikan kepada kucing anda kerana ia mengandungi pelbagai bakteria yang merbahaya.

4. Kucing suka minum air yang mengalir

Jika anda mempunyai kucing jadi anda akan tahu yang mereka suka minum air dari paip. Sekarang ini terdapat pelbagai air minuman jenis fountain yang dijual di pasaran. Dengan ini kucing anda sentiasa mempunyai sumber air yang segar bersih dan air sentiasa mengalir.

5. Kucing suka menggaru dan mengasah kuku

Salah satu naluri asas kucing adalah mengasah kuku mereka dengan menggaru di pelbagai permukaan.

Bukan hanya untuk mengasah kuku, menggaru juga membantu kucing rilex dan menyegarkan mereka.

6. Kucing suka bermain

Masa bermain merupakan perkara yang serius untuk kucing bermulalah dari mereka bayi sehingga tahun senior. Tidak memerlukan banyak benda untuk menghiburkan kucing. Kucing anda akan bermain dengan semua benda walaupun hanya tali yang biasa. Masa bermain merupakan perkara penting dalam kesihatan dan perkembangan kucing.

7. Kucing suka melihat burung

Bukan perkara tidak biasa untuk tengok kucing menenggek di tingkap. Kenapa? Ia merupakan lokasi yang tepat untuk melihat burung! Samada kucing suka melihat burung kerana burung merupakan mangsa semulajadi kucing atau mudahnya pergerakan burung menarik perhatian kucing jadi dengan itu ada kucing yang menghabiskan masa berjam jam dengan hanya melihat burung setiap hari.

8. Kucing sayangkan manusia mereka

Walaupun kucing dikatakan haiwan yang suka menyendiri, mereka perlukan kasih sayang, perhatian dan peneman serta suka menerima perkara ini dari manusia mereka. Cara kucing mengatakan yang ia sayangkan anda sedikit berbeza dari kita manusia ini.

Antara tanda tanda kucing sayangkan anda termasuklah bunyi purring, melaga kepalanya kepada anda, tidur berdekatan anda, berbunyi apabila melihat anda dan termasuklah melaga punggungnya di muka anda. Ya betul tu!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment