8 Haiwan Yang Tidak Berbah4ya Seperti Yang Anda Sangkakan

Dari haiwan yang besar sehingga sekecil-kecil serangga, haiwan-haiwan ini mempunyai reputasi sebagai pembunuh. Namun jumlah kematian yang disebabkan haiwan-haiwan ini tidak setinggi yang anda sangkakan.

1. Jerung

Selama berdekad pembikin filem di hollywood memaparkan ikan jerung sebagai mesin pembunuh yang mempunyai selera kepada daging manusia. Namun serangan ikan jerung dan kematian disebabkan ikan jerung adalah sangat jarang berlaku dari apa yang anda fikirkan. Ada spesis ikan jerung seperti jerung paus dan jerung basking tidak menjadi ancaman langsung kepada manusia. Walaupun kadangkala ada serangan ikan jerung yang berlaku (jerung bull, jerung harimau dsb), ikan jerung tidak aktif mencari manusia untuk makan. Mereka lebih menyukai rasa ikan dan anjing laut. Manusia lebih sukar untuk dihadam bagi ikan jerung.

2. Beruang

Agak sukar untuk menganggarkan dengan tepat jumlah kematian yang disebabkan oleh singa dan harimau per tahun, tapi ia selalu lebih tinggi dari statistik beruang.

3. Labah-labah

Selain labah-labah black widow yang sememangnya bahaya, banyak jenis labah-labah yang lain walaupun rupanya menakutkan tapi langsung tidak merbahaya kepada manusia. Gigitan labah-labah menyebabkan purata 7 kematian manusia per tahun di Amerika Syarikat. Itu lebih rendah dari serangga yang kurang menakutkan seperti semut, lebah dan jangan terkejut ya siput air tawar (mereka membawa penyakit schistosomiasis yang membawa maut)

4. Ikan Pari

Pada tahun 2006, Crocodile Hunter Steve Irwin tragiknya mati kerana digigit ikan pari di dada. Namun tragedi ini adalah kebetulan yang sangat besar. Mangsa yang berprofil tinggi ini menjadi punca kepada kepercayaan yang ikan pari  berbisa. Realitinya, ikan pari adalah haiwan yang pasif dan hanya menyerang jika terancam dan walaupun begitu ikan pari hanya bertanggungjawap dalam kematian manusia sebanyak 1 ke dua orang manusia sahaja per tahun. Ekor ikan pari sememangnya mengandungi racun namun jarang sekali menyebabkan kematian walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teramat dahsyat. Tambahan lagi menurut ScienceLine, punca kematian Irwin adalah disebabkan trauma pada jantungnya bukan disebabkan oleh racun ikan pari itu sendiri.

5. Kelawar Vampire

Dinamakan sempena pembunuh terkenal dari fiksyen dan lagenda kerana rupa mereka agak menakutkan. Tambahan lagi kelawar ini boleh menghisap darah sehingga 30 minit tanpa disedari oleh mangsanya. Walaupun begitu kelawar ini tidsklah bahaya yang anda fikirkan. Mereka lebih menyukai darah haiwan ternakan seperti lembu, kuda berbanding manusia. Ini tidak bermakna mereka langsung tidak memberi ancaman. Mereka juga boleh menggigit manusia kerana sumber makanan mereka semakin berkurangan. Dalam kes yang jarang berlaku, kelawar ini membawa penyakit rabies (penyakit anjing gila). Walaubagaimanapun kematian dari kelawar ini sangat jarang untuk berlaku.

6. Burung vulture

Walaupun rupanya agak menakutkan dan memakan bangkai, burung vulture tidak pernah membunuh mangsanya sendiri kerana mereka akan memakan haiwan yang sudah pun mati.

7. Ular Susu

Ular adalah salah satu haiwan yang sememangnya mempunyai reputasi sebagai pembunuh yang menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian manusia setiap tahun. Namun reputasi ini membuatkan ramai manusia percaya yang ular yang tidak merbahaya juga sama. Walaupun warna ular susu yang sangat terang ia tidak berbisa langsung. Warna yang terang itu hanyalah sebagai mekanisma pertahanan dirinya yang terbaik.

8. Puma

Kucing besar yang menakjubkan ini berasal dari Amerika Utara yang juga dikenali sebagai kugar dan singa gunung. Puma sangat jarang sekali untuk menyerang manusia. Kematian manusia yang disebabkan oleh puma hanya sebanyak 25 orang sejak tahun 1890. Ini seperti seorang setiap lima tahun. Jika puma menyerang manusia ia hanyalah kerana keadaan yang ektrem seperti kebuluran dan kesakitan. Walaupun mereka dikenali sebagai pembunuh haiwan ternakan, mereka tidak termasuk dalam senarai haiwan yang manusia perlu takutkan.

BACA JUGA: Puma timur disahkan pupus

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment