8 Ciri-Ciri Personaliti Seorang Pencinta Kucing. Adakah Anda Tergolong Dalam Ciri-ciri ini?

Pernah tidak chuols terfikir untuk meluangkan lebih masa dengan kucing? Suka meneroka benda baru? Ini menunjukkan bahawa anda seorang pencinta kucing.

Soal selidik dijalankan oleh Samuel Gosling dari Universiti Texas, Austin yang menunjukkan pencinta kucing sangat berbeza dengan pencinta anjing. Ciri-ciri personaliti yang berbeza adalah digambarkan oleh pencinta kucing. Ok jom tengok 8 ciri-ciri personaliti yang ditunjukkan oleh pencinta kucing.

1. Introvert dan sensitif

Individu yang sayang kucing adalah lebih emosi, sensitif dan seorang yang introvert. Walaubagaimanapun mereka sangat terbuka dan tidak terlalu mengikuti apa yang orang kebiasaan lakukan. Jadi kita boleh simpulkan yang pencinta kucing ini adalah golongan yang tidak konsorvertif. Pencinta kucing tidak mudah untuk bergaul dan bercakap dengan seseorang. Pencinta kucing lebih suka duduk di rumah dan membaca buku.

2. Pencinta kucing mengharapkan kasih sayang dari kucing mereka

Jika seseorang menunjukkan yang dia harapkan sesuatu dari individu yang lain, ini menunjukkan yang dia adalah pencinta kucing. Pencinta kucing selalu mengharapkan kasih sayang dari kucing mereka.

3. Berhati-hati dan berdikari

Menjadi kebiasaan seseorang memilih haiwan peliharaan berdasarkan personaliti mereka. Kucing adalah haiwan yang berhati-hati dan suka berdikari. Jadi individu yang sentiasa berhati-hati dan berdikari dikatakan pencinta kucing dan akan memilik kucing menjadi haiwan peliharaannya.

4. Berfikiran terbuka

Ini adalah salah satu ciri-ciri personaliti pencinta kucing. Individu yang suka kucing adalah lebih enjoy menikmati pengalaman baru. Pencinta kucing lebih artistik, kreatif, berfikiran tidak tradisional dan juga mempunyai kreativiti yang tersendiri. Mereka suka meneroka benda baru dari masa ke semasa.

5. Anda cepat stress? Anda adalah seorang pencinta kucing!

Ini adalah personaliti utama yang ditunjukkan oleh pencinta kucing. Seseorang yang mudah stress, mereka adalah pencinta kucing. Pencinta kucing adalah lebih neurotik. Jadi, sebab inilah pencinta kucing lebih mudah gelisah dan cepat tertekan. Mereka cepat untuk berasa bimbang.

6. Bebas dan terbuka

Individu yang suka kucing adalah lebih terbuka dan bebas. Mereka sukakan kebebasan dan tidak suka didominasi.

7. Intelektual dan kultural

Kebanyakan pencinta kucing adalah intelektual dan bekerja sebagai profesor. Pencinta kucing sangat menghargai seni dan kerja-kerja artistik. Mereka juga sangat kultural, sophisticated dan bersikap baik.

8. Bijak walaupun emosi

Kajian menunjukkan pencinta kucing lebih bijak dari pencinta anjing.

So macam- mana chuols ada ke tidak 8 ciri-ciri yang dijelaskan ini?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment