8 Cara Efektif Untuk Mendisiplinkan Kucing

Selalunya, kucing dengan mudahnya tidak memberikan respon terhadap arahan anda.

Kucing perlu mempunyai niat untuk patuh kepada anda sebelum mereka bertindak mengikut arahan.

Jika kucing anda dilihat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang anda arahkan, jangan panik. Sudah menjadi lumrah seekor kucing untuk bertindak mengikut kemahuan mereka sendiri.

Tingkahlaku yang tidak terkawal ini mungkin merupakan tindakan yang tidak diingini oleh anda atau mungkin ianya kerana sebab yang semulajadi.

Kadangkala ianya mungkin tingkahlaku buruk kucing anda yang berpunca dari naluri semulajadi kucing.

Bersungguh-sungguh nak mendisiplinkan kucing? Jangan risau, ianya tidak mustahil untuk mengubah tingkahlaku kucing. Namun anda perlu kesabaran yang tinggi untuk berjaya.

1. Berikan pengajaran

Pertamanya, kucing mempunyai memori yang sangat tinggi. Inilah yang membantu untuk kita melatih kucing dengan efisyennya. Kucing seperti anak kecil. Mereka cepat ingat sesuatu apabila anda memberikannya secara positif. Jangan sesekali menengking apabila kucing tidak berkelakuan seperti yang anda mahu. Terdapat banyak cara untuk memotivasikan kucing.

Kucing sangat suka bermain dengan permainan. Sekiranya anda melibatkan diri anda dalam permainan mereka, kucing anda akan lebih gembira kerana kucing adalah haiwan yang sangat sukakan perhatian. Mereka seakan anak kecil yang sentiasa ingin dimanjakan dan meluangkan masa yang banyak bersama.

2. Bertindak dengan betul

Cara yang seterusnya adalah memberikan makanan yang kucing anda paling suka. Gunakan sebagai penggerak untuk melatih kucing. Apabila anda sedang mengajar kucing, jika ia patuh terhadap arahan anda, berikan ganjaran sebagai salah satu motivasi yang disebutkan sebelum ini untuk menggalakkan kucing berkelakuan baik.

Perkara utama yang perlu diingatkan adalah anda jangan sesekali menekan kucing untuk bertindak mengikut arahan anda. Faktor lain yang mempengaruhi kapasiti pembelajaran seekor kucing adalah tingkahlaku dan ciri-ciri personaliti mereka.

3. Gunakan penggera

Melayan kucing anda dengan baik adalah salah satu cara yang berbeza untuk melatih mereka. Namun ada helahnya. Jika kucing anda mendengar bunyi yang bising, mereka akan berjaga-jaga dan berhenti dari melakukan sesuatu yang mereka tidak seharusnya buat.

Jika kucing anda mencakar bucu sofa, melompat atas meja makan atau sebagainya, cuba bunyikan loceng dengan kuat sehingga menakutkan kucing tersebut. Anda seharusnya mengulang perkara ini setiap kali kucing melakukan sesuatu yang anda tidak suka. Lama kelamaan, kucing akan faham kenapa anda bunyikan loceng tersebut.

4. Menyembur sesuatu yang kucing tidak suka hidu

Jika kucing anda tidak sukakan bau lada hitam, semburkan air lada hitam di kawasan yang anda tidak mahu kucing anda berada. Nak sembur di bucu sofa pun macam tak kena kan nanti bau lada hitam pula sofa tu.

BACA JUGA: Resipi penyembur untuk menghalang kucing mencakar sofa

5. Percikkan air

Ini rasanya ramai pemilik kucing yang buat ni. MM pun kalau tak mahu kucing naik ke atas para dapur memang akan percikkan air la. Sudahnya sekarang memang kucing MM tak naik atas para dapur bila sedang memasak.

6. Buat bunyi bising

Buat bunyi bising sekiranya kucing anda bertindak kasar dan cuba menggigit. Kucing takutkan bunyi bising sebenarnya tapi jangan menjerit ya.

7. Kurung kucing dalam bilik  atau ruang khas

Sekiranya kucing anda melakukan sesuatu yang tidak baik, kurung kucing anda di bilik khas selama 15 ke 20 minit. Biarkan kucing anda faham yang ini adalah tindakan untuk mendisiplinkan mereka. Kebanyakannya kucing akan faham.

8. Menghargai tingkahlaku yang positif

Apabila kucing anda memperlihatkan tingkahlaku yang baik, berikan ganjaran. Kucing anda akan lebih cenderung untuk berkelakuan lebih baik pada masa yang akan datang dan lebih rasa dihargai.

Kesimpulan

Melatih kucing untuk lebih berdisiplin bukan satu tugas yang mudah. Kucing adalah haiwan yang berdikari dan hanya memberikan respon apabila mereka mahu sahaja. Galakkan kucing anda untuk mendengar arahan. Jangan lupa berikan ganjaran apabila anda berpuas hati dengan tingkahlaku mereka.

Namun jangan sesekali menjerit atau menengking kucing. Ini akan membuatkan kucing lebih agresif. Matlamat untuk mendisiplinkan kucing anda mungkin hilang sekiranya anda kasar terhadap mereka. Kucing adalah haiwan yang bijak serta memahami dengan mudah bahasa tubuh anda.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment