8 Bend4 Yang B0leh DidermAkan Kepada Pus4t Perlindung4n Haiw4n

Pusat perlindungan haiwan menyelamatkan beribu-ribu kucing dari bahaya dan kehidupan yang mengancam nyawanya.

Banyak pusat perlindungan di Malaysia dijalankan oleh sukarelawan dan hanya bergantung kepada komuniti untuk kerja, wang dan bekalan untuk meneruskan kerja murni mereka.

Oleh kerana setiap pusat perlindungan mempunyai keperluannya yang berbeza, adalah penting untuk menghubungi mereka terlebih dahulu sebelum mengumpulkan bekalan untuk didermakan.

Ini merupakan 8 idea untuk anda bermula:

Baca juga: pusat perlindungan kucing di Malaysia

1. Wang

Oleh kerana pusat perlindungan ini dijalankan oleh pertubuhan tidak untung, mereka perlukan wang untuk berfungsi dan menjaga kucing yang mereka selamatkan dengan lebih baik.

2. Masa 

Anda boleh mendermakan masa anda untuk pusat perlindungan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan bekerja di pusat perlindungan itu sendiri. Pusat perlindungan seringkali memerlukan bantuan sukarelawan untuk membersih, memberi makan, bermain dengan kucing dan banyak lagi. Pusat perlindungan juga kadangkala memerlukan sukaralewan untuk menjadi penjaga sementara kucing sebelum kucing itu dilepaskan untuk adopsi.

3. Makanan kucing

Sedangkan seekor kucing makan dengan banyak, ini kan pula banyak ekor kucing yang ada di pusat perlindungan kucing. Hubungi pusat perlindungan berdekatan sama ada mereka memerlukan makanan jenis basah atau kering.

4. Pasir kucing

Sama seperti makanan, pusat perlindungan juga menggunakan pasir kucing yang banyak setiap hari. Hubungi pusat perlindungan berdekatan untuk mengetahui jenis pasir kucing yang mereka lebih gunakan seperti pasir yang tidak bergumpal, atau jenis yang bergumpal, tanah liat mahupun pasir semulajadi.

5. Treats

Treats mungkin kelihatan seperti kemewahan buat kucing namun tidak salah sekiranya anda ingin menggembirakan kucing-kucing yang ada di pusat perlindungan yang seringkali berasa tertekan dan gelisah.

6. Permainan

Permainan memberi peranan penting dalam membantu kucing di pusat perlindungan kekal aktif, sihat dan gembira. Tapi perlu diingat oleh kerana permainan lebih cepat menyebarkan penyakit, fungus dan bakteria di kawasan yang banyak kucing, banyak pusat perlindungan tidak akan menerima permainan yang sudah digunakan.

7. Tempat tidur dan ruang vertikal

Dengan adanya tempat tidur dan ruang vertikal (pokok kucing, perches, etc) boleh membantu banyak kucing yang tertekan dalam persekitaran yang penuh dengan kucing yang suka menjaga kawasan.

Oleh kerana jangkitan penyakit boleh terjadi dengan cepat, kesemua barang ini perlulah baru apabila didermakan. Kesemua tempat tidur juga perlulah mudah untuk dicuci.

8. Bekalan yang lain

Setiap pusat perlindungan mempunyai senarai keperluan mereka yang lain, namun banyak pusat perlindungan mempunyai keperluan yang berterusan seperti kotak pasir baru, skop najis, berus kucing, penyapu, mop, kertas tisu serta beg plastik. Hubungi pusat perlindungan anda untuk senarai keperluan yang lebih spesifik.

Dengan menderma kepada pusat perlindungan kucing merupakan perbuatan yang murni sekiranya kita tidak mampu untuk mengambilbela kucing yang ada di pusat perlindungan. Namun sekiranya anda berkemampuan ambillah kucing-kucing yang ada di situ untuk dibela. Adopt dont shop ok?!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment