8 Baka Kucing Yang Sukakan Air!

Mitos mengenai kucing bencikan air sudah diperkatakan bertahun-tahun lamanya.

Ada juga kebenarannya tapi tahukah anda ada beberapa baka kucing yang menolak mentah mentah mitos tersebut.

Ini tidaklah pelik apabila difikirkan kerana diketahui terdapat banyak spesis kucing liar seperti harimau dan jaguar yang sangat sukakan air. Jom kenali baka kucing yang sukakan air ini:

1. Bengal

Kucing bengal menerima rupanya dari pembiakan silang kucing domestik dengan kucing Leopard Asia. Walapun masih kelihatan seperti kucing liar, kucing bengal adalah kucing domestik  sepenuhnya. Katanya selain daripada aktif bermain, kucing bengal sangat suka bermain dengan air.

2. Maine Coon

Maine Coon adalah salah satu baka kucing yang tersebar dan membiak secara semulajadi di negeri kelahirannya Maine. Oleh kerana itulah kucing jenis ini mempunyai bulu yang sangat tebal dan sangat baik menyesuaikan diri terhadap kesejukan dan cuaca yang lembap.

3. Turkish Van

Turkish Van adalah baka kucing berbulu panjang yang dikenali dengan corak unik di kepala dan ekornya. Baka kucing yang berasal dari Turki ini digelar kucing yang berenang kerana kucing ini sangat sukakan air dan perenang yang hebat.

4. Japanese Bobtail

Kucing baka ini dikenali dan disayangi di Jepun selama beberapa abad dan muncul dalam beberapa hasil seni dan sastera. Kucing baka ini aktif dan penyayang. Mereka akan terikat sangat rapat bersama manusia mereka dan ramai pemilik kucing baka ini berkongsi cerita mengenai kegemaran kucing ini terhadap air.

5. Turkish Angora

Walaupun kucing baka ini dikenali dengan warna putihnya yang anggun, kucing baka ini boleh juga ada warna selain putih. Kucing jenis ini sangat pintar dan mudah dilatih. Seperti sepupunya Turkish Van, kucing baka ini juga sangat sukakan air dan perenang yang hebat.

6. Norwegian Forest Cat

Kucing baka ini adalah hasil pembiakan semulajadi yang berevolusi untuk menghadapi cuaca sejuk yang kuat di Scandinavia. Oleh sebab itulah kucing jenis ini mempunyai bulu yang tebal, kalis air dan tidak mempunyai masalah untuk menghadapi air dan cuaca lembap.

7. Manx

Tahukah anda kucing kampung berasal dari susur galur kucing baka Manx ini? Kucing baka ini juga muncul baka ekor kontot semulajadi. Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang sangat sosial dan sangat rapat dengan pemiliknya sehingga boleh mandi bersama-sama.

8. Abyssinian

Kucing baka ini sangat extrovert dan kucing yang suka bermain. Berasal dari Mesir, kucing ini dikenali dengan sifatnya yang sukakan air dan ramai pemilik kucing baka ini berkongsi video kucing mereka belajar untuk membuka paip air.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment