7 Warna Bulu Kucing Yang Rare!

Apabila anda memikirkan mengenai kucing, anda mungkin memikirkan beberapa warna bulu kucing yang asas dan anda biasa melihatnya pada kucing.

Tapi tahukah anda terdapat beberapa warna bulu kucing yang rare ada di luar sana? Ada beberapa baka kucing mempunyai warna bulu yang rare, ada juga yang susah nak dijumpai. Jika anda pernah melihat warna bulu kucing yang rare, anda boleh lihat senarai ini!

1. Warna asap

Kucing yang berwarna seperti asap ini terjadi apabila gen penghalang warna dan apabila kucing yang kelihatan seperti berwarna legap sebenarnya ia mempunyai warna bulu yang berlainan dalam satu helai bulu. Ini bermakna bulu kucing tersebut kelihatan gelap pada hujung bulu dan mempunyai warna yang lebih cerah pada dasar bulu. Apabila bulu kucing ini diselak anda akan dapat melihat warna seakan asap.

2. Warna coklat

Jika anda melihat pada baka kucing baka asli seperti kucing Parsi dan kucing Havana Browns anda dapat melihat kucing berwarna coklat yang asli. Namun warna ini adalah mutasi genetik gen warna hitam, yang dicairkan menjadi warna coklat.

3. Warna krim

Warna krim adalah pencairan gen warna oren pada kucing. Warna krim dapat dilihat pada banyak corak seperti kucing belang warna krim menyeluruh atau kucing berwarna putih dan krim. Sementara banyak kucing baka asli mula menjadi popular, ia masih sangat rare pada kucing domestik iaitu kucing yang bukan baka asli.

4. Warn Lilac/Lavender

Lilac, atau Lavender, adalah warna yang tersangag rare pada kucing namun ia tidaklah berwarna ungu pun. Ia adalah pencairan warna yang sudah pun dicairkan dan ianya bukan perkara yang selalunya dilihat pada kucing baka asli.

5. Warna roan

Warna roan adalah asasnya apa sahaja warna yang dicampurkan sama dengan bulu berwarna putih dan pertama kalinya dinyatakan di Thailand semasa penghujung tahun 1800. Kucing ini adalah biru roam dan masih lagi boleh ditemui hari ini di jalanan Thailand.

6. Warna Fawn

Warna fawn lebih menyerupai warna lilac kerana ia adalah pencairan warna yang sudah pun dicairkan. Warna fawn adalah pencairan warna perang kulit kayu manis, warna yang sering kali ditemui pada kucing abyssinian dan beberapa baka kucing yang lain.

7. Warna Chinchilla

Warna chinchilla menjadi semakin popular namun ianya warna yang hanya muncul pada kucing yang tidak dibiakkan khas untuk warna ini. Seakan-akan warna asap, namun warna chinchilla berlawanan pada warna asap di mana hujung bulu berwarna cerah namun pada dasarnya bulu berwarna gelap.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment