7 Sebab Kenapa Kucing Anda Berubah Menjadi Agresif

Kucing tidak akan jadi agresif tidak ketahuan punca. Seekor kucing yang agresif selalunya bersikap sebegitu ada sebabnya.

Berikut merupakan tujuh sebab kenapa kucing jadi agresif berserta tanda-tanda amaran dan bagaimana hendak menangani situasi ini.

1. Kucing jadi agresif kerana dalam kesakitan

Kucing yang dalam kesakitan akan respon dengan bunyi hiss dan menyerang apabila kawasan sensitif dipegang.

2. Kucing yang ketakutan juga boleh jadi agresif

Kucing yang ketakutan akan respon dengan bahasa tubuh  yang sangat jelas oleh penjaga kucing yang berpengalaman. Kucing yang ketakutan jangan cuba untuk didekati untuk mengelakkan reaksi agresif yang tidak diingini. Bukanlah kerana kucing tidak suka anda namun kucing tersebut di dalam kancah reaksi panik.

3. Hormon mungkin menyebabkan kucing jadi agresif

Kucing yang tidak dikasi atau dimandulkan berisiko untuk menjadi agresif. Kucing jantan kebiasaannya secara biologinya akan bergaduh dengan kucing jantan yang lain apabila kucing betina yang sedang on heat ada berhampiran.

Jika anda terlihat dua ekor kucing yang sedang bergaduh, jangan masuk campur secara fizikal kerana anda mungkin akan jadi mangsa dan sasaran kucing yang sedang agresif itu.

4. Kucing yang kecewa berkemungkinan akan jadi agresif

“Keagresifan yang merewang” adalah terma untuk aksi ganas yang ditunjukkan oleh keucing kerana mereka tidak dapat mencapai objek dari semangat pemangsanya. MM pun tak tahu dah nak jelaskan macam mana bagi ayat yang mudah fahami. Cuma contohnya sekiranya kucing indoor melihat kucing diluar berjalan-jalan di kawasan jajahannya atau menanda kawasan, mungkin akan membuatkan kucing anda tercetus perasaan agresif ini. Pada ketika ini samada kucing luar tersebut, anjing mahupun individu mungkin akan menerima penangan agresif kucing ini. Lepas geram lah kiranya ini.

5. Kucing agresif kerana tertekan

Jika kucing tinggal di persekitaran yang penuh tekanan contohnya seperti kediaman di mana ahlinya sentiasa bertengkar atau kediaman yang banyak membela kucing. Besar kemungkinan kucing tersebut akan cepat untuk respon secara agresif. Samalah seperti kanak-kanak yang tinggal di kediaman yang penuh keganasan verbal dan fizikal atau kemarahan yang sudah lama terpendam. Tingkahlaku kucing adalah cerminan dinamik keluarga manusianya.

6. Kucing yang agresif mungkin respon dari trauma yang pernah dialaminya dahulu

Jangan hairan ya, kucing pun boleh sengsara dari tekanan selepas trauma (post-traumatic stress). Otak kucing lebih kurang sama sahaja dengan kita. Kesan dari kegelisahan yang kronik dari keganasan manusia yang lampau atau kepayahan untuk kekal hidup di jalanan akan menyebabkan kucing menjadi agresif.

Kucing MM baru-baru ni MM jumpa di jalanan memang sedikit agresif. Ia tak boleh kalau nampak kucing-kucing MM yang lain cuba nak dekati. Memang bunyi hiss je memanjang.

7. Ketidakseimbangan kimia boleh menyebabkan kucing agresif

Ini merupakan punca yang paling jarang berlaku untuk kucing menjadi agresif. Namun seperti manusia, ada kucing yang mudah mengalami ketidakseimbangan biokimia yang menjejaskan tingkahlaku. Bagi kucing ini, ubat antidepresi atau anti-kegelisahan boleh jadi penyelamat.

Pucuk pangkal menangani kucing yang agresif 

Walau apa pun punca agresif ini, selalunya sentiasa ada tanda-tanda amaran yang perlu kita lihat. Jika anda memahami bahasa tubuh kucing, anda boleh mengesan yang kucing anda sudah lama sengsara sebelum situasi ini menular dengan lebih teruk. Jika anda mempunyai kucing yang sangat reaktif dan anda ingin membantunya, harus sedar bahawa ini memerlukan masa yang banyak dan kesabaran yang tinggi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment