7 Perkara Yang Kucing Tidak Suka dan Benci

Apa yang menganggu kucing anda mungkin sesuatu yang menganggu anda juga. Dari tandas yang kotor, makanan yang basi sehingga kepada bunyi yang kuat.

Kucing dan manusia berkongsi persamaan yang banyak dari segi perkara yang tidak disukai. Percaya atau tidak anda mungkin lakukan beberapa kesilapan sebagai pemilik kucing, tidak mengetahui bahawa perkara-perkara yang dijelaskan ini merupakan perkara yang kucing anda benci dan tidak suka.

1. Kucing tidak suka rasa kesunyian

Bercanggah dengan kepercayaan yang terkenal, kucing adalah haiwan yang tidak suka bersendirian. Adalah benar yang anda tidak boleh meninggalkan kucing anda bersendirian tanpa peneman untuk beberapa masa yang lama. Kucing adalah haiwan yang sukakan perhatian.

Jika ditinggalkan bersendirian untuk masa yang lama, kucing akan berasa tertekan dan paling teruk akan depresi.

Jika anda sering keluar rumah dan balik lewat, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing lebih dari seekor. Jadi kucing anda sentiasa ada peneman walaupun anda tiada di rumah.

2. Kucing bencikan kotak pasir yang kotor

Kita pun kalau masuk tandas awam yang kotor pun kita jadi loya tekak kan? Sama jugalah apa yang kucing rasa apabila kotak pasirnya kotor.

Penting untuk membersihkan kotak pasir kucing anda setiap hari atau selang sehari bergantung kepada jumlah kucing anda ada di dalam rumah.

3. Kucing benci makanan yang rosak, lama dan basi

Kita pun tidak akan sentuh makanan yang sudah rosak. Sama juga dengan kucing. Bukan hanya makanan yang rosak ini baunya tidak menyelerakan malah ia akan membuatkan kucing anda sakit.

Bakteria seperti salmonella dan staphylococcus boleh hidup di makanan yang lama terdedah lebih-lebih lagi semasa cuaca panas.

4. Kucing bencikan ubat-ubatan


Sememangnya memang sukar untuk diberikan kucing ubat-ubatan. Lebih-lebih lagi jenis cecair.

5. Kucing tidak sukakan belaian yang kasar dan berlebihan


Jika anda memiliki kucing anda tahu di mana bahagian yang ia suka dibelai dan tidak suka dibelai.

Kucing juga tidak sukakan belaian yang kasar kerana mereka akan terasa terancam. Jadi belai kucing anda dengan perlahan dan penuh kasih sayang.

6. Kucing bencikan persaingan dari kucing lain

Tidak kira persaingan antara makanan, ruang, permainan atau perhatian, kucing boleh jadi cemburu antara satu sama lain. Malangnya tingkahlaku cemburu ini boleh menghasilkan tingkahlaku agresif bergantung kepada situasi.

7. Kucing tidak sukakan bunyi yang terlalu bising

Dari bunyi guruh, pergaduhan kepada bunyi mercun, bunyi bising yang banyak boleh memberi tekanan kepada kucing anda. Tekanan yang kronik dari bunyi bising ini boleh mengakibatkan beberapa tingkahlaku dan isu kesihatan termasuklah kesengsaraan, agresif, depresi, keguguran bulu ekstrem, kurang selera makan dan terlebih merapi bulu.

Mungkin sukar untuk memberikan 100% keselesaan kepada kucing kita namun kita digalakkan mencuba sehabis baik. Supaya kucing kita dapat hidup selesa, tenang dan rasa selamat berada di dalam rumah kita.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment