7 Makanan Yang Anda Boleh Kongsi Bersama Kucing Anda

Sharing is caring, kan? Lagi best kalau kongsi makanan bersama-sama kucing kita! Kucing dikenali dengan mempunyai rasa yang tetap untuk daging kerana kucing merupakan haiwan karnivor tegar iaitu dengan memakan daging untuk kekal hidup.

Namun, ada juga makanan manusia yang anda boleh kongsi bersama kucing anda. Cumanya sangat berikan sesuatu yang manis ini adalah kerana kucing tidak boleh merasa manis dan gula gula mungkin mempunyai bahan merbahaya kepada kucing iaitu xylitol yang membawa maut jika dihadam.

Jom tengok makanan apa yang kita boleh kongsi bersama kucing tersayang:

1. Salmon

Ikan yang mempunyai isi merah ini sangat lengkap dengan nutrsi yang bagus untuk kucing seperti Omega dan mineral lain yang meningkatkan kesihatan otak anda dan juga kucing anda. Jangan lupa masak terlebih dahulu salmon sebelum memberikan kepada kucing anda.

2. Bayam

Bukan popeye sahaja yang makan bayam, kucing pun boleh! Kucing anda boleh menerima bayam dalam kuantiti yang sedikit. Ini memberikan kucing anda sumber vitamin A, C, K, Zat Besi dan kalsium. Namun jika kucing anda pernah diserang batu karang jangan berikan kucing anda bayam ya!

3. Ayam

Daging ayam yang menyelerakan ini semestinya dapat dikongsi bersama kucing anda. Namun elakkan jika makanan anda mempunyai rasa pedas dan garam yang berlebihan kerana ini tidak bagus untuk kesihatan kucing.

BACA JUGA: Garam dalam makanan kucing bagus atau tidak?

4. Pisang

Buah yang sedia dimakan lepas dikupas ini penuh dengan potassium dan mudah untuk dikongsi bersama kucing anda. Tekstur lembut pisang ini sangat ideal untuk kucing tua yang mempunyai masalah gigi.

5. Telur

Telur sangat bagus untuk membekalkan kucing anda sumber protein, zat besi dan mineral yang lain. Perlu diingat telur kuning sahaja yang elok untuk kucing. Dan jangan sesekali bagi telur mentah kerana ini merisikokan kucing anda terhadap salmonella dan E.coli.

BACA JUGA: Kebaikan telur untuk kucing

6. Keju namun sesetengah jenis sahaja

Jika anda ingin berkongsi keju bersama kucing anda, harus dipastikan bahawa jenis keju tersebut sesuai untuk sistem penghadamannya. Keju lembut seperti brie tidak sesuai. Anda juga perlu mengawal jumlah keju yang anda berikan kepada kucing anda. Keju merupakan sumber protein dan kalsium terbaik untuk kucing anda. Keju yang sesuai untuk diberikan kepada kucing adalah jenis kotej, swiss, cheddar dan gouda. Ingat ya keju tinggi dalam kandungan lemak dan garam jadi pemberian haruslah dalam jumlah yang sedikit sahaja.

7. Timun

Jangan terkejut ya kucing boleh makan timun dan timun mempunyai kandungan air yang banyak jadi ia bagus untuk menghidratkan kucing anda– lebih lebih lagi semasa cuaca panas. Peringatan hanya beri kucing anda dalam satu ke dua hirisan timun sahaja.

Walaupun disenaraikan diatas dikategorikan selamat dalam kuantiti sedikit, namun ada juga makanan yang bahaya untuk kucing. Menurut WebMD,  ini merupakan senarai pendek makanan yang perlu DIELAKKAN untuk diberikan kepada kucing anda:

  • Coklat
  • Anggur dan kismis
  • Bawang merah dan putih
  • Kacang Macadamia
  • Doh roti
  • Alkohol
  • Xylitol, pemanis artificial yang ada di dalam gula gula getah dan juga gula gula

Selalu mengambil langkah berjaga jaga dalam memberi makan kepada kucing anda. Jangan beri sebarangan makanan. Anda boleh tengok lagi senarai makanan yang anda boleh kongsi bersama kucing anda di DALAM ARTIKEL INI.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment