7 Jenis Baka Kucing Hypoallergenik, Sesuai Untuk Golongan Yang Mempunyai Alergi

Suka kucing tapi alergi? Anda bukan berseorangan. Menurut American College of Allergy, 10 peratus dari populasi dunia mengalami alergi kepada barang di dalam rumah dengan alergi kepada kucing menjadi dua kali ganda persamaan di Amerika berbanding alergi anjing.

Jadi ada tidak penyelesaian untuk permasalahan ini? Solusinya adalah baka kucing hypoallergenik. Kedengaran macam fiksyen bukan tapi jangan tidak percaya ya memang wujud kucing hypoallergenik ni.

Wujud ke baka kucing hypoallergik?

“Memang ada baka kucing yang hypoallergenik dan ada di antaranya mempunyai bulu yang panjang,” kata Shasha Gibbons, DVM di Just Cats Veterinary Hospital di Stanfort, Connecticut.

“Bercanggah dengan kepercayaan masyarakat bukanlah bulu kucing yang membuatkan seseorang itu alergik kepada kucing. Ia lebih kepada protein di dalam air liur kucing yang ada pada bulu kucing dari aktiviti merapikan bulu atau dander (sel kulit mati) yang ada pada bulu kucing. Ada sesetengah baka kucing mengeluarkan sedikit sahaja protein yang menyebabkan reaksi alergik, menjadikan kucing jenis baka ini sesuai untuk individu yang mempunyai alergi.”

Walaupun tiada kucing yang 100% hypoallergenik, ini merupakan baka kucing yang dikenali dengan menghasilkan allergen yang sedikit berbanding kucing yang lain supaya anda boleh membelai kucing tanpa ada masalah lagi!

Kucing tidak berbulu yang hypoallergenik

1. Sphynx

List teratas dalam baka kucing hypoallergenik ini tidak mengejutkan anda. Kucing sphynx. Kucing yang tidak berbulu ini membuatkan ia menjadi kucing nombor satu dalam jenis jenis kucing yang hypoallergenik. Ini tidak bermakna kucing sphynx tidak memerlukan penjagaan seperti kucing yang berbulu. Pembersihan telinga setiap hari dan kekerapan mandi boleh membuatkan kucing sphynx bersih dari pengumpulan minyak pada kulitnya.

2. Cornish Rex

Kucing Cornish Rex hanya mempunyai satu sahaja lapisan bulu dimana kucing kebiasaannya mempunyai tiga lapis bulu (bulu luar, bulu tengah dan bulu dalam). Oleh sebab ini lah kucing Cornish rex sangat sesuai untuk golongan alergi. Sama seperti kucing sphynx, kucing ini memerlukan penjagaan yang tinggi. Kekerapan mandi diperlukan untuk membersihkan pengumpulan minyak pada kulitnya.

3. Devonshire Rex

Seperti monyet dalam sut kucing kerana penampilannya, kucing berbulu kerinting ini tidak memerlukan kekerapan mandi seperti Cornish Rex. Walaubagaimanapun kawasan tapak kaki dan telinganya perlu dibersihkan setiap hari untuk mengelakkan pengumpulan minyak.

Kucing berbulu yang hypoallergenik

Tidak semua kucing hypoallergenik ni tidak berbulu lebat. Namun jangan terkejut ada juga kucing jenis berbulu yang sesuai untuk individu yang alergik.

4. Kucing Siberia

Dikenali dengan bulunya yang agak panjang, kucing siberia yang kurang menghasilkan protein FelD1 dan dander berbanding kucing yang lain. Jadi kucing baka ini sesuai untuk golongan yang alergik.

5. Kucing Bali

Kucing bali juga seperti kucing siberia dimana mereka kurang menghasilkan protein yang menyebabkan reaksi alergi. Jadi kucing bali merupakan pilihan yang terbaik berbanding kucing parsi.

6. Kucing Jawa

Dan kucing jawa? Kucing jenis ini kurang bulu dalaman (undercoat) jadi apabila kurangnya bulu dalaman maka kuranglah alergen!

7. Bengal

Oleh kerana rupanya seperti harimau bintang (kucing jenis ini memang ada gen kucing harimau bintang Asia di dalam darahnya) kucing bengal menjadi pilihan yang terbaik untuk individu yang mempunyai alergi. Bengal kurang merapikan bulunya jadi bulunya mempunyai jumlah protein FelD1 yang sedikit jadi kucing ini merupakan pilihan exotik yang terbaik untuk kediaman anda yang hypoallergenik!

BACA JUGA: Tips membela kucing bagi yang mempunyai alergi

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment