7 Ekor Kucing Yang Menempa Nama Dalam Sejarah

Kucing sememangnya haiwan yang menakjubkan.

Kisah kucing yang akan dikongsikan ini adalah kucing yang berjaya menempa nama mereka dalam sejarah. Jom layan.

1. Oskar si kucing yang tak karam

Kita selalu dengar yang kucing ada 9 nyawa bukan? Si Oskar ni ada 3 nyawa. Kucing yang hidup ketika zaman peperangan ini berada di atas tiga kapal yang berbeza yang kesemuanya karam tapi berjaya hidup.

Pada mulanya Oskar berada di atas kapal perang Jerman yang bernama Bismarck pada tahun 1941 apabila dibedal oleh kapal British ketika Perang Dunia Ke-2. Oskar kemudiannya diselamatkan oleh askar British dan hidup di atas kapal mereka yang bernama Cossack.

Namun beberapa bulan kemudian kapal Cossack pula karam. Ajaibnya Oskar hidup dan berada pula di atas kapal ketiga Ark Royal yang akhirnya karam juga. Oskar hidup di atas Ark Royal selama 3 minggu sebelum kapal tersebut karam.

Oskar mendapat gelaran “Unsinkable Sam” dan dianggap sebagai hero maritim.

2. Kucing pertama dihantar ke angkasa

Kucing pertama yang berjaya dilancarkan ke angkasa adalah Félicette, seekor kucing Perancis yang tudak diketahui asal usulnya. Tidak diketahui sama ada kucing ini adalah kucing jalanan atau dari pembiak sebelum memulakan pengembaraannya ke angkasa.

Walaupun kebanyakan haiwan yang dihantar ke angkasa sebelum ini merupakan perjalanan sehala sahaja, Félicette berjaya diambil semula selepas kembali dari angkasa.

3. Kucing yang sama-sama ‘menulis’ kajian Fizik

Chester, si kucing siam adalah satu-satunya kucing yang diberi pengikhtiran dalam menulis kajian saintifik.

Kertas kajian fizik yang dicetak pada tahun 1975, di bawah nama F.D.C. Willard, bersama-sama pemiliknya, Profesor Negeri Michigan Jack Hetherington.

Selepas secara tidak sengaja menulis kajian tersebut dengan menggunakan “we” berbanding “I”, Hetherington sedar yang kesalahan tersebut membuatkan penulisan kajian mempunyai dua atau lebih penulis.

Dari menaip semula kesemua kajian tersebut dengan menggunakan mesin taip, Hetherington menambah sahaja kucingnya, Chester di bawah nama, F.D.C. Willard: “Felix Domesticus, Chester” dengan Willard merupakan nama kepada ayah Chester. Terus Chester menjadi penulis bersama satu kajian fizik yang berprestij.

4.  Kucing jutawan

Blackie dikenali sebagai kucing yang terkaya di dalam sejarah. Apabila pemiliknya mati pada tahun 1988, pemiliknya meninggalkan wasiat sebanyak $12.5 juta. Blackie hidup di dalam rumah agam pemiliknya bersama 15 ekor kucing lagi, namun Blackie merupakan satu-satunya kucing yang beruntung.

Dari mewasiatkan kekayaannya kepada ahli keluarganya, pemilik Blackie memutuskan untuk membahagikan jumlah estetnya kepada tiga pusat amal kucing yang diberi tanggungjawab untuk menjaga Blackie.

BACA JUGA: Senarai kucing yang menjadi jutawan

5. Kucing yang menyelesaikan kes jenayah

Bulu kucing sememangnya ada pada semua permukaan. Dalam kes ini, bulu kucing berwarna putih merupakan klu dalam menyelesaikan kes pembunuhan.

Snowball adalah kucing berwarna putih milik pasangan warga Kanada di Kepulauan Prince Edward, Kanada.

Pada tahun 1994, anak lelaki mereka, Douglas Beamish tinggal bersama-sama mereka ketika dalam tempoh parol. Apabila bekas isteri Beamish ditemui dibunuh, pihak Royal Canadian Mounted Police (RCMP) mengesyaki Beamish namun mereka tiada bukti.

Sehinggalah mereka menemui 27 helai bulu kucing berwarna putih berada di atas jaket yang dipenuhi darah yang ditemui di tempat kejadian. Bulu tersebut diuji DNA yang tidak pernah dilakukan ke atas haiwan sebelum ini. Ujian DNA tersebut positif kepada Snowball.

Pakar menguji 20 ekor kucing yang lain di kawasan tersebut untuk membuktikan DNA tersebut adalah rare. Akhirnya Beamish didakwa kerana pembunuhan kelas kedua dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

6. Stubbs Si kucing Datuk Bandar

Stubbs si kucing diberi gelaran “Datuk Bandar Terhormat” selepas satu khabar angin tersebar bahawa Stubbs adalah Datuk Bandar yang dipilih melalui undian bertulis oleh penduduk bandar yang tidak bersetuju dengan calon manusia Datuk Bandar yang lain. Walaubagaimanapun tidak ada undian bertulis. Stubbs tidak pernah menjadi Datuk Bandar yang dipilih namun gelaran tersebut diberikan selepas kisah ini menjadi tular.

Malangnya Stubbs sudah pun mati pada tahun 2017 selepas berkhidmat selama 20 tahun dalam komunitinya.

7. Scarlett ibu kucing hero

Kucing bernama Scarlett menjadi sebutan pada tahun 1996 selepas dia berjaya menyelamatkan kesemua lima ekor anaknya dari rumah yang terbakar. Ibu kucing yang berani ini masuk meredah api dan mengangkat seekor demi seekor anaknya. Scarlett menjadi buta kerana matanya terbakar. Scarlett menghidu kesemua anak-anaknya untuk memastikan anak-anaknya semua selamat sebelum jatuh rebah. Scarlett dan anak-anaknya berjaya hidup kerana tindakan beraninya.

Kisah penuh Scarlett boleh baca di sini.

Kisah Scarlett menjadi inspirasi kepada dua buah buku dan pengenalan kepada satu penganugerahan kepada heroisme haiwn oleh North Shore Animal League, The Scarlett Award.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment