Tidak semua orang mempunyai laman di rumah untuk kucing bermain-main. Kebanyakan pemilik kucing yang memelihara kucing baka mahal selalunya membela kucing secara indoor dan ini membuatkan kucing kadangkala menjadi stress sebab kebosanan.
Namun anda boleh menggembirakan kucing anda walaupun ia dibela secara indoor. Cara menggembirakan kucing anda dengan memberikannya aktiviti-aktiviti yang dapat menstiumlasikan mereka dengan cara bermain, bunyi, visual dan bau.
Memahami asal usul dan tingkahlaku semulajadi kucing anda dapat membantu apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan persekitaran rumah anda sesuai dan menggembirakan kucing anda. Lebih-lebih lagi jika ia dibela secara indoor sepanjang hidupnya.
1. Pos mencakar dan perabotnya
Kucing selalunya menjaga kukunya supaya cantik dengan mencakar batang pokok. Selain memastikan kuku mereka tajam, kucing mencakar untuk menguatkan otot kakinya dan meninggalkan bau. Jadi ia merupakan satu keperluan semulajadi.
2. Ruang khas dengan permandangan luar
Kucing suka melihat di luar tingkap, melihat gelagat burung dan menjaga kawasan ‘jajahannya’. Ini merupakan cara yang paling terbaik untuk stimulasikan kucing anda supaya ia tidak bosan.
3. Permainan
Jika kucing anda kerja tidur sepanjang hari, anda perlu membekalkan beberapa stimulasi untuknya. Anda mungkin berfikir yang kucing anda tidak perlu bermain atau tidak suka bermain. Namun anda akan terkejut apabila anda menemui permainan yang bersesuaian dengan personaliti kucing anda. Masa bermain adalah penting untuk stimulasikan kucing anda dan mengelakkan dari kucing anda kebosanan.
Kucing yang kebosanan akan tidur sepanjang hari dan ini akan menyebabkan kegemukan dan obesiti.
4. Permainan batang bulu pelepah interaktif
Kucing adalah pemburu semulajadi jadi naluri mereka adalan mengejar sesuatu jadi apa-apa sahaja permainan yang menstimulasikan jenis tingkhlaku ini sangat sesuai untuk kucing indoor. Permainan tikus, serangga, labah-labah atau batang bertali pelepah sangat sesuai.
5. Catnip
Agak mengejutkan kerana tidak ramai yang memberi catnip kepada kucing mereka. Catnip adalah ganjaran yang menggembirakan kucing anda selama 5 ke 15 minit. Bahan utama dalam catnip adalah nepetaloctone yang menyamai bahan kimia dalam urin kucing jantan.
6. Rumput kucing
Rumput penting kepada kucing anda walaupun mereka adalah haiwan karnivor. Kucing akan mengunyah rumput untuk melegakan ketidakselesaan dalam perut. Kucing juga suka menggesel leher mereka ke rumput. Rumput kucing ini mudah untuk ditanam dan mudah untuk dijumpai di kedai barang haiwan peliharaan.