6 Tanda-Tanda Menunjukkan Kucing Sedang Marah

Kucing adalah haiwan yang cerewet dengan mood yang sentiasa berubah-ubah.

Keupayaan untuk mengenalpasti kucing anda sedang marah dapat memberikan anda pemahaman untuk mengundurkan diri dan berikan kucing anda ruang dari memburukkan lagi keadaan. Ingat yea kucing ada kuku kita tiada bulu yang tebal untuk melindungi kulit kita hehe…

Berikut merupakan 6 tanda-tanda yang kucing anda marah:

1. Bunyi

Berikan kucing anda ruang jika ia berbunyi hiss, menderam, atau mengerang. Bunyi-bunyi ini memberikan anda amaran “Hey, pergi jauh-jauh!”

2. Gerakan ekor

Ekor kucing merupakan cara ia berkomunikasi, dalam satu cara yang selalunya halus dan kurang difahami oleh manusia. Ekor yang bergerak ke depan dan ke belakang dengan cepat atau ekor yang diturunkan menunjukkan kucing yang sedang dalam kemarahan. Bulunya juga akan menegak dan mengembang pada ekor kucing yang sedang marah.

3. Pandangan mata

Mata hitam yang berkembang boleh menunjukkan kucing tersebut sedang teruja dan marah. Petanda mata boleh selalunya disalahertikan kerana mata kucing boleh berubah mengikut beberapa faktor. Jumlah mata hitam kucing anda yang berkembang dapat menentukan jika kucing anda sedang marah, namun mata kucing yang berkembang berfungsi untuk melaraskan jumlah cahaya dalam sesuatu bilik.

4. Telinga

Telinga kucing yang sedang marah akan turun ke belakang kepala atau ke sisi kepala.. Jika telinga kucing anda seperti ini, sila jauhinya. Kawan tengah bad mood tu…

5. Bahasa tubuh

Anda boleh mengumpulkan imformasi dengan memerhatikan kucing anda. Kucing yang sedang marah selalunya membongkokkan badan dengan bulunya tegak (untuk kelihatan lebih besar) atau badan yang menunduk ke tanah (bersedia untuk menyerang).

6. Memukul

Jika kucing anda memukul anda (seperti gambar di atas) apabila anda cuba membelainya, hormati petanda tersebut yang kucing anda tidak mahu dipegang dan diganggu.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment