6 Tanda-tanda Kucing Anda Sudah Berusia

Sesudah kucing anda mencapai usia 7 ke 10 tahun, kucing anda sudah boleh dianggap kucing senior ataupun kucing tua.

Betapa pentingnya untuk membawa kucing anda yang sudah tua ini untuk pemeriksaan kesihatan secara kerap.

Yelah manusia yang lanjut usia pun banyak pemeriksaan kesihatan berkala kan? Sama juga la kucing pun.

Secara umumnya kucing dianggap senior atau tua menjelang usianya tujuh tahun. Jika anda tidak pasti kucing anda tua atau tidak anda boleh memeriksa tanda-tanda ini:

1. Kurang Pendengaran

Sama seperti manusia semakin kehilangan pendengaran semakin mereka berusia, sama jugalah dengan kuicng. Namun tidak selalunya berlaku. Sukar untuk mengesan sekiranya kucing anda mula kehilangan pendengaran kerana ada kes di mana kucing tua terus menjadi pekak.

Jika anda rasa kucing tua anda mula kehilangan pendengarannya, anda boleh bawa ke veterinar untuk pemeriksaan lanjut.

2. Perubahan pada mata

Ada kucing yang mempunyai perubahan pada mata apabila meningkat usia. Namun perkara ini tidak selalunya berkaitan dengan penglihatan.

Ada sesetengah kucing, selalunya kucing yang bulu berwarna cerah mungkin mula merasai mata seakan-akan pudar. Ini tidak menjejaskan penglihatan namun boleh menyebabkan matanya mengalami kesensitifan terhadap cahaya.

Antara perubahan yang mungkin berlaku adalah mata kucing kelihatan pudar berdekatan anak mata. Mata pudar tidak menjejaskan penglihatan ia hanyalah tanda-tanda yang menunjukkan proses penuaan pada kucing. Penting untuk tahu bezakan mata pudar ini dengan katarak kerana katarak adalah perkara yang sangat serius.

3. Perubahan warna bulu

Manusia kalau tua pun rambut mula naik uban kan? Sama juga macam kucing. Sama seperti tanda-tanda penuaan kucing yang lain, faktor ini juga boleh berbeza-beza mengikut kucing. Dalam kebanyakan kes, ‘uban’ ini selalunya muncul di bahagian muka sama seperti bahagian bulu yang lain. Ia boleh berlaku di kening dan hidung. Perkara ini normal dan tidak seharusnya bimbang.

4. Perubahan pola makan

Biasalah kalau kucing tua makan lebih perlahan berbanding sewaktu ia muda dahulu.

Bahagian masalah ini adalah sistem penghadaman kucing yang sudah tua bergerak perlahan. Ini bermakna kucing anda sering sembelit apabila semakin berusia. Oleh kerana ini lah kucing tua selalunya kehilangan berat badan.

Dengan menukar kuantiti diet kucing anda dari banyak ke kuantiti yang sedikit namun kerap dapat membantu mengurangkan kehilangan berat badan. Jika kucing anda sembelir lebih dari sehari atau kehilangan banyak berat badan, anda patut membawa kucing anda untuk pemeriksaan oleh veterinar.

5. Sukar untuk bergerak

Jika anda mula perasan kucing anda sukar untuk bergerak ini adalah tanda-tanda kucing anda sudah berusia.

Kucing anda mula berjalan perlahan-lahan atau cuba mengelak untuk memanjat mahupun melompat. Ini juga tanda-tanda kucing anda mengalami masalah otot atau arthritis. Kedua-duanya merupakan masalah yang sering berlaku pada kucing berusia.

6. Perubahan tingkahlaku

Antara tanda-tanda penuaan kucing adalah perubahan dalam tingkahlaku seperti:

  • Kucing tua lebih suka tidur dan kurang bermain
  • Kucing tua agak sukar menghadapi stress jadi pastikan tidak memperkenalkan kucing tua kepada situasi yang baru..
  • Kucing berusia akan bertambah agresif kerana ketakutan atau kesakitan.
  • Kucing tua mungkin berhenti menggunakan kotak pasir kerana stress atau mempunyai masalah kesihatan.

Apa-apa pun penting untuk bawa kucing anda untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya apa-apa masalah kesihatan dapat dikesan awal. Dengan ini kucing anda mampu untuk hidup lebih lama. Jadi, jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab ok!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment