6 Sebab Kenapa Wanita Yang Sukakan Kucing Merupakan Pasangan Yang Terbaik

Setiap orang lelaki pasti mahu pasangan yang terbaik untuk hidupnya, takpe menunggu lama janji jodoh yang datang itu paling terbaik.

Nak tahu kenapa mesti memilih wanita yang sukakan kucing? jom baca di bawah:

Penyayang

Kucing adalah haiwan yang sangat perlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Tidak cukup memberikan makan dan menguruskan kebersihan nya sahaja. Perlu dijaga dengan perhatian yang khusus dan selalu ajak bermain. Jika tidak membuat demikian mungkin kucing anda bakap stress, pabila kucing anda di bawah tekanan ini boleh menjejaskan kesihatan nya.

Wanita pecinta kucing ini pasti memiliku sifat penyanyang. Sifat ini sudah terbiasa sewaktu di bela kucing. Jika sesuatu berlaku pada kucing nya pasti dia akan sedih, dia sanggup buat apa sahaja asalkan kucing nya sihat kembali. Haaaa betul tak ladiess??

Kucing saja pun dah sayang apatah lagi si kekasihnya..sweeet kan.

Seorang yang penyabar

Kena tahu kucing ni bukan pandai mengemas rumah kecuali mencuci bulu nya sahaja. Nama dah kucing tak sama dengan manusia boleh di suruh. Walaupun rumah bersepah kerana si kucing ni wanita pecinta kucing pasti akan bersabar.

Point disini tak semua wanita yang sabar pasti ada panas baran. Tapi wanita yang sukakan kucing ni memiliki sifat sifat sabar sebab rutin harian memang sentiasa sabar dengan si kucing nya. Itu bermakna apa yang terjadi dengan cinta nya. Dia pasti seorang yang sabar.

Mudah Diajak Berkomunikasi

Salah satu punca hancurnya sebuah perhubungan adalah kurang berkomunikasi. Setuju? Wanita pecinta kucing selalunya banyak bercakap sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu akan berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangan nya pasti akan terjadi masalah dalam hubungan nya. Jangan terkejut wanita yang sukakan kucing selalunya memanjakan pasangannya sama seperti kucing.

Suka Menolong kerana mempunyai sifat empati yang kuat

Mereka yang suka menolong, jika dilihat ada sahaja kucing di kedai makan yang meminta makanan. Tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan.

Sanggup Bekorban

Walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucing nya. Memberi makan dan minum, menyiapkan tempat buang air, dan sebagai nya pada si comel walaupun dalam kesibukan dia tetap ada masa untuk buat semua itu. Sifat yang sentiasa berkorban pada kucungnya inilah yang dijadikan ukur baik tidak wanita dijadikan pasangan.

Kucing sahaja pun dah dibagikan masa.. takkan laa pasangan dibiarkan begitu sahaja.

Calon Ibu Yang Baik

Ibarat bayi, kucing memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Pemberian makan dan minumana, pemeriksaan gigi, kulit, telinga, mata, kuku, harus selalu setiap hari walaupun penat sekalipun.

Wanita pecinta kucing tidak menghiraukan walau selelah mana dia seharian kerja. Janji kucing dapat bermain dan sihat itu sudah cukup baginya.

Sifat sebegini sangat diperlukan seorang calon ibu. Semua hal yang dilakukan terhadap kucing pastu membuat sifat keibuannya terlatih menjadikan latihan menguruskan anak suatu hari nanti.

Setuju tak?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment