Kucing Anda Suka Menjilat Anda? Ketahui 6 Sebab Kenapa Kucing Berbuat Demikian

Ramai manusia suka berimaginasi yang apabila haiwan menjilat kita, ini adalah cara haiwan menunjukkan kasih sayang mereka.

Namun adalah ianya betul-betul tepat apabila lidah kucing anda yang seakan-akan berus itu mengena kulit kita? Atau ada beberapa sebab yang merujuk kepada tingkahlaku ini?

Jadi apa sebab kucing menjilat manusia? Ni MM lampirkan 6 sebab-sebabnya

#6 —Kucing anda memberi pujian yang tinggi kepada anda


Jilatan dari kucing anda adalah bermakna yang kucing anda berasa selamat dalam kehadiran anda. Anda betul-betul keluarga bagi kucing anda jadi ia cenderung untuk membersihkan anda seperti ibunya membersihkannya semasa ia kecil.

#5 – Kucing anda menyatakan kasih sayang


Kucing menjilat satu sama lain untuk menyatakan kasih sayang jadi ia sama sahaja apabila kucing anda menjilat anda. Anda merupakan salah satu keluarga mereka dan mereka mahu menyayangi anda seperti mereka menyayangi keluarga kucing mereka.

#4 – Menanda anda sebagai hak milik


Ini menandakan yang kucing anda berasa yakin dengan anda. Anda adalah sebahagian dari hidup mereka dan inginkan anda seorang sahaja sebab itu anda merupakan hak milik kucing anda.

#3 – Kucing anda gelisah

Ada kucing yang sangat tertekan yang mereka akan menjilat secara berlebih-lebihan. Kucing yang tidak berhenti menjilat diri sendiri sedang cuba menenangkan diri sendiri kerana mereka sedang tertekan. Ada kucing yang menjilat dan menghisap tisu, plastik dan juga kulit anda.

#2 – Rasa kulit anda menarik kepada kucing

Mungkin ada sesuatu pada kulit anda yang kucing anda mahu rasa. Atau mungkin juga kucing sukakan rasa masin-masin pada kulit anda. Mana-mana pun anda sememangnya berlainan dari kucing yang lain jadi kucing anda mungkin menikmati rasa anda yang unik itu.

#1 – Membersihkan anda


Salah satu sebab utama kucing menjilat satu sama lain adalah untuk membantu membesihkan kawasan yang tidak dapat dicapai dengan sendirinya seperti atas kepala dan dalam telinga. Apabila kucing anda menjilat anda, mereka mungkin membantu membersihkan anda.

Jadi chuols ada kucing suka menjilat tak? Jom kongsi di ruangan komen. Min ada seekor. Siap dijilat-jilatnya rambut..

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment