6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Membantu Kucing Anda Yang Penakut dan Gelisah

Kucing penakut atau gelisah ni macam mana? Adakah kucing anda suka menghabiskan masa di bawah katil dari mana mana tempat lain di rumah? Adakah kucing anda terlalu merapikan diri mereka sehingga ada kawasan botak di badannya? Adakah kucing anda tidak mahu menggunakan kotak pasir yang anda sediakan? Ini adalah tanda-tanda kucing anda gelisah dan agak penakut. Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu kucing seperti ini? Ha ni MM senaraikan 6 cara untuk membantu kucing anda yang gelisah dan penakut itu.

1. Jangan berharap terlalu tinggi

Cuba untuk memaksa kucing anda menjadi lebih terbuka, rileks dan lebih peramah boleh menyebabkan kucing anda lebih tegang dan lebih pemalu.

Jika kucing anda selalu gelisah lebih-lebih lagi dahulu kucing anda merupakan kucing liar atau kucing jalanan, adalah berlebihan untuk mengharap kucing anda berubah menjadi kucing yang suka meriba dan manja. Sekiranya anda rileks dan menerima apa sahaja dari kucing anda, lama kelamaan kucing anda akan kurang stress dan akan lebih selesa berdekatan anda.

2. Bermain

Bermain bersama kucing dapat membantu kucing belajar untuk mempercayai anda dan mengurangkan tahap stress mereka.

Kayu bertongkat dengan bulu pelepah adalah permainan yang terbaik untuk berinteraksi dengan kucing anda dari jauh yang membuatkan mereka rasa selamat.

3. Menyediakan kawasan yang tinggi untuk kucing anda

Kucing suka berada di tempat tinggi semata-mata untuk melihat kawasan persekitaran dari perspektif yang tinggi. Dengan menyediakan pokok kucing (cat tree) atau tempat yang mereka boleh duduk seperti rak dinding, dapat membantu kucing anda rasa lebih selesa dan selamat selain dari kawasan persembunyian utama mereka

4. Berikan kucing ganjaran atau sneks

Kucing anda mungkin terlalu takut untuk mendekati anda pada mulanya jadi anda mungkin perlu meninggalkan ganjaran (treats) atau sneks di kawasan yang boleh diakses oleh kucing anda. Lama-kelamaan diharapkan kucing anda yang pemalu ini boleh menerima snek terus dari tangan anda.

5. Sediakan kawasan selamat untuk kucing anda

Kucing cenderung untuk lari dari situasi yang mereka takut dan mencari tempat yang mereka rasa selamat. Jika anda rasa di bawah katil anda mungkin satu lokasi yang teruk namun tempat seperti itu memberikan kucing anda rasa selamat yang ia inginkan. Benarkan kucing anda mempunyai kawasan selamat untuk membantu mereka rasa lebih selesa meneroka seluruh kawasan rumah sejak kucing anda ada tempat selamat yang mereka boleh pergi.

6. Benarkan kucing bergomol dengan bau ada

Mungkin kucing anda masih terlalu takut untuk bergomol dengan anda secara terus jadi kucing anda patut belajar mengenali bau ada dengan makanan, keselesaan dan kasih sayang. Jadi kucing anda akan mengenali anda dari perkara yang baik baik sahaja. Cara untuk kucing anda mengenali bau anda mudah sahaja, jadikan pakaian anda sebagai lapik tidur ke, sarung katil kucing anda ke jadi kucing anda akan bau anda walaupun tidak mendekati anda.

Kucing seperti ini sangat memerlukan kesabaran dan percayalah bermulanya kucing anda keluar dari kepompong ketakutannya itu anda akan rasa satu kepuasan yang amat sangat.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment