6 Perkara Menarik Mengenai Kenapa Kucing Berbunyi

Kucing menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi, berbunyi adalah salah satu caranya. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai sebab disebalik kucing berbunyi dan pentingnya untuk anda berusaha untuk memahami sebab ini.

Anak kucing berbunyi kepada ibunya sebagai cara untuk berkomunikasi apabila mereka lapar atau berasa sejuk. Semakin kucing dewasa, kucing menukar cara mereka berkomunikasi.

Kucing dewasa tidak akan berbunyi dengan kucing yang lain. Kucing hanya berbunyi untuk berkomunikasi dengan manusia.

Adakah kucing anda berbunyi dengan banyak?

Sebelum anda mengambil tindakan mengenai hal ini adalah ideal untuk mengetahui punca masalah ini. Sejurus anda mengetahui punca kucing anda berbunyi dengan banyak, anda dengan mudahnya dapat mengawal situasi ini dan membantu kucing anda. Ini adalah punca kucing anda berbunyi di rumah:

1. Kesakitan

Pelbagai penyakit boleh menyebabkan kucing anda banyak berbunyi. Kucing sangat pandai menyembunyikan kesakitan mereka dan sekiranya kucing anda berbunyi, kemungkinan kesakitan itu tidak lagi dapat ditanggung oleh kucing anda.

2. Kelaparan

Berapa kerap anda memberi makan kucing anda? Adakah anda mengikut rutin apabila memberi makan kucing? Kucing cenderung untuk berbunyi dengan banyak dan kuat apabila tiba masanya untuk mereka makan.

3. Menyapa

Kesemua haiwan peliharaan akan gembira apabila melihat pemiliknya pulang ke rumah. Setibanya anda dari kerja, kucing anda akan teruja menjemput anda di depan pintu dan akan menyapa anda. Kucing berbunyi untuk menyapa selalunya menunjukkan betapa gembiranya kucing anda.

4. Kesunyian

Jika anda tinggalkan kucing anda untuk tempoh yang lama anda mungkin puncanya kenapa kucing anda berbunyi. Kucing adalah haiwan yang suka bermain, walaupun ada yang kata kucing adalah haiwan yang suka berdikari, kucing sangat sukakan kehadiran pemilik mereka, atau rakan kucingnya yang lain supaya mereka dapat bermain.

5. Mencari perhatian

Kucing akan berbunyi apabila mereka merasa yang anda mengabaikan mereka. Ini berlaku sekiranya anda ada tapi anda tidak melayan kucing anda. Kucing anggap anda tidak perasankan mereka dan akan berbunyi untuk dapatkan perhatian anda.

6. Musim mengawan

Kucing anda sudah dikasi/ dimandulkan belum? Jika belum anda terpaksa lah hadap bunyi kucing tiada henti apabila tiba musim mengawan. Untuk kucing betina mereka akan berbunyi apabila mereka on heat. Kucing jantan akan berbunyi apabila mereka menghidu ada kucing betina sedang on heat. Jika ini puncanya kucing anda berbunyi maka anda mungkin mempunyai kesukaran untuk menenangkan mereka.

Tiada cara yang lain untuk memberhentikan tingkahlaku ini hanyalah dengan memandulkan dan mengkasi kucing anda.

Kesimpulan

Seeloknya sekiranya kucing anda berbunyi perkara yang perlu dielakkan adalah anda jangan menghukum kucing anda. Tingkahlaku ini tidak akan berhenti dengan menghukum kucing anda. Selain dari itu jangan abaikan kucing anda apabila ia berbunyi. Adalah tu benda yang ia cuba untuk beritahu anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment