6 Jenis Baka Kucing Yang Tidak Berbulu

Jangan anda tidak tahu bukan kucing baka sphynx sahaja yang tidak berbulu.

Terdapat 6 jenis baka kucing yang tidak berbulu.

1. Bambino

Bambino adalah merupakan gabungan kucing sphynx dan munchkin yang bermula pada tahun 2005. Kucing bambino dikatergorikan sebagai kucing kerdil.

2. Donskoy


Ramai orang keliru antara kucing donskoy dan sphynx. Kelihatan agak sama seperti kucing sphynx, ada sedikit perbezaan yang membezakan antara kucing donskoy dan sphynx. Kucing donskoy pertama ditemui pada tahun 1987 oleh Elena Kovaleva di Russia

Semasa musim sejuk donskoy akan tumbuh sedikit bulu pada dada dan ekor mereka kemudian akan gugur semula apabila suhu mula meningkat.

3. Peterbald


Peterbald adalah hasil gabungan kucing donskoy dan oriental shorthair. Itulah sebabnya ia kelihatan seperti kucing siam namun tidak berbulu.

4. Sphynx


Antara semua jenis kucing yang tidak berbulu, sphynx lah yang paling popular. Kucing sphynx jatuh ke tangga yang ke 8 dalam kategori baka kucing paling popular pada tahun 2016 oleh Cat Fanciers Association (CFA).

5. Ukrainian Levkoy


Gabungan kucing donskoy dengan kucingĀ  scottish fold lalu terjadilah baka kucing tidak berbulu yang paling unik kerana tiada kucing baka lain yang tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kucing ukranian levkoy. Ciri-ciri tersendirinya adalah tidak berbulu dan telinga berlipat.

6. Kucing Elf

Berbeza dari kucing ukranian levkoy, kucing elf mempunyai lipatan telinga ke belakang berbanding telinga kucing ukranian mempunyai lipatan ke dalam. Kucing elf merupakan kucing hybrid yang terhasil daripada gabungan kucing american curl dan sphynx. Ia menerima telinga berlipat seperti amerika curl dan tidak berbulu seperti kucing sphynx.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment