Kecacingan adalah penyakit yang mudah terjadi pada kucing.
Hidupan yang halus ini memberi banyak masalah pada dalaman kucing kita. Cacing bulat adalah antara cacing yang sering ditemui pada kucing.
BACA JUGA: Kecacingan pada kucing
Simptom kecacingan
Mungkin ada yang berasa geli tapi dengan memeriksa najis kucing lah anda dapat mengetahui masalah ini. Namun jangan berasa lega masih ada lagi cacing yang ada di dalam usus kucing anda walaupun ada cacing yang dikeluarkan bersama najis.
Anda juga perlu memeriksa sekiranya kucing anda mengalami muntah-muntah atau cirit birit. Jika anda perasan yang kucing anda sering menjilat kawasan anusnya, tiba masanya untuk membawa kucing anda ke veterinar untuk pemeriksaan.
Bagaimana cara untuk menghapuskan cacing?
Setiap pemasalahan ada masalahnya. Sama juga dengan masalah kecacingan ini. Berikut adalah 6 cara yang anda boleh lakukan:
1. Ubat cacing
Doktor veterinar akan mengesyorkan beberapa jenis ubat seperti suntikan atau ubat telan yang juga dipanggil ‘dewormer’ atau nyah cacing. Ubat ini akan membantu menghapuskan cacing di dalam usus kucing. Tiada kesan sampingan akan terjadi pada kucing anda.
Selalunya doktor veterinar akan memberitahu anda untuk kembali mengambil ubat cacing untuk kucing anda setiap 3 atau 6 bulan. Jangan kata kucing saja manusia pun sebenarnya kena ambil ubat cacing selang 6 bulan.
2. Petua
Biji labu: Biji labu penuh dengan vitamin yang dapat menghapuskan larva dan cacing dewasa. Sekurang-kurangnya untuk seminggu, tambah satu sudu serbuk biji labu pada makanan kucing anda.
Air daun sup: Air daun sup sebenarnya dapat membantu sistem penghadaman kucing anda. Rebus daun sup dan ambil air rebusan tersebut dalam setengah sudu besar tambahkan ke dalam air minuman kucing anda selama 10 hari.
3. Bersihkan kotak pasir
Kotak pasir mempunyai banyak kuman dan risiko cacing. Dah nama pun tandas kucing kan.. Dengan membersihkan kotak pasir kucing dengan kerap, bukan sahaja anda dapat mengelakkan masalah cacing yang akan terjadi pada kucing anda, kucing anda pun menghargai usaha anda. Kucing kan haiwan yang pembersih.
4. Kurangkan pengembaraan dunia luar
Tidak dinafikan ucing sememangnya haiwan yang suka merayau-rayau. Tapi di luar sanalah banyak terdapat larva-larva cacing. Dari situlah kucing anda akan dijangkiti cacing.
Bukan itu sahaja, tikus juga merupakan pembawa cacing. Apabila kucing anda memburu dan memakan tikus, telur cacing yang ada pada tikus akan menetas dan menghuni pula di dalam usus kucing.
5. Pencegahan kutu
Selain ubat cacing, anda juga perlu menghapuskan kutu pada kucing anda. Kutu juga menjadi penyebab kepada masalah kecacingan.
>6. Lindungi kucing dari dijangkiti cacing!
Sebagai pemilik kucing sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kucing kita dari dijangkiti cacing. Ikut tips pencegahan yang dikongsikan ini dan kucing kita akan sihat-sihat sahaja.