5 Tanda Utama Kucing Anda Mempunyai Masalah Saluran Urinari

Antara persoalan yang sering ditanyakan dan menjadi kebimbangan buat pemilik kucing adalah berkaitan dengan masalah urinari.

Adakah kucing anda menyembur urin (spraying) atau adakah ia berkaitan dengan masalah saluran urinari? Apakah tanda tanda yang kucing anda mempunyai masalah urinari?

5 tanda tanda utama masalah saluran urinari

Jika ada kucing anda yang mengalami tanda-tanda yang disebutkan adalah terbaik untuk dibawa periksa veterinar berhampiran dan dapatkan rawatan secepat yang mungkin. Sebahagian atau keseluruhan saluran urinari yang tersumbat boleh mengancam nyawa kucing anda jika tidak dirawat.

1. Kucing anda kencing di luar pasir/ kotak pasir

Kucing anda kaitkan kesakitan yang dialami dengan kotak pasir jadi ia akan mencari tempat lain untuk kencing. Mungkin terdapat masalah tingkahlaku atau persekitaran yang mungkin menyebabkan kucing anda kencing di luar kotak najis (kucing anda tidak suka kotak najis tersebut, terlalu banyak kucing yang gunakan kotak pasir tersebut atau kucing anda stress), namun sekiranya berkaitan masalah kesihatan, jangkitan pada saluran urinari, keradangan atau saluran urinari tersumbat adalah perkara pertama yang perlu difikirkan.

Jangan keliru dengan penyemburan urin kucing (selalunya ini adalah masalah tingkahlaku) dengan kucing yang mempunyai masalah saluran urinari. Apabila kucing menyembur urin, urin tersebut selalunya dan bukanlah kerap dikeluarkan pada permukaan yang tegak. Postur meyembur adalah berbeza dari postur membuang air kencing.

Sebagai contoh, kucing yang mempunyai masalah saluran urinari akan lakukan postur yang biasa selalunya mereka lakukan sekiranya ingin membuang air kencing namun mereka akan mengelakkan untuk kencing pada permukaan yang mendatar. Mereka mungkin membuang air kencing di dalam sinki, dalam bakul baju atau di mana-mana sahaja selain kotak najis yang selalunya mereka gunakan sebelum ini.

Bagi kucing yang tua selalunya yang mengalami arthritis, kotak najis mungkin menyukarkan untuk mereka gunakan.

Kucing yang dalam proses penyembuhan dari masalah ini mungkin terjadi eksiden di luar kotak pasir lagi kerana mereka sering kaitkan kesakitan yang mereka alami dengan kotak pasir tersebut. Untuk setkan semula mindset kucing anda, cuba basuh kotak pasir tersebut atau beli sahaja kotak pasir yang baru.

2. Kucing anda akan kencing dengan kerap

Adakah anda perasan yang kucing anda akan menonggek atau cuba untuk kencing tapi tiada urin yang keluar? Kelakuan ini jelasnya menunjukkan masalah penyumbatan pada saluran urethra yang seringkali berlaku pada kucing jantan. Ini merupakan satu perkara kecemasan dan mengancam nyawa kucing anda. Keradangan dan jangkitan pada saluran urinari sangat sakit dan apabila kristal terbentuk, kucing jantan akan m4ti sekiranya tidak dirawat kerana saluran urethra mereka sempit berbanding kucing betina.

3. Kesakitan semasa kencing atau adanya darah pada urin kucing

Jika kucing anda mengerang atau anda perasan yang kucing anda berbunyi dalam kesakitan apabila diangkat, lebih lebih lagi pada bahagian abdomen, maka jelaslah yang kucing anda perlukan veterinar dengan kadar segera. Jika anda perasan darah pada air kencing kucing juga ini merupakan salah satu sebab utama untuk anda berjumpa veterinar secepat mungkin.

4. Kekerapan menjilat bahagian peribadi

Jika anda perasan kucing anda kerap menjilat bahagian peribadi mereka terlalu kerap dari kebiasaannya ini menunjukkan kucing anda sedang kesakitan di kawasan tersebut. Tambahan lagi semakin kerap kucing anda menjilat di kawasan tersebut semakin tinggi untuk masalah menjadi bertambah teruk. Ini kerana kekerapan menjilat boleh menyebabkan keradangan kedua berlaku.

5. Kelesuan dan tidak mahu makan

Tanda ini mungkin berkaitan dengan masalah saluran urinari atau boleh berkaitan dengan pelbagai sebab dan pelbagai penyakit. Kucing yang dalam kesakitan memang akan berkurangan selera makan jadi sekiranya kucing anda tidak mahu makan segera bawa ke veterinar untuk pemeriksaan. Lambat bertindak akan mengancam nyawa kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment