5 Tanda-tanda Kucing Anda Perlukan Lebih Perhatian Dari Anda

Kesemua kucing boleh menunjukkan tingkahlaku mencari perhatian, namun dalam beberapa ia sering terjadi pada kucing yang selalu ditinggalkan untuk tempoh yang lama atau tidak dapat stimulasi yang mencukupi di rumah.

Gambar: Miami Pet Concierge

Ada beberapa tanda ini mungkin menunjukkan yang kucing anda mempunyai masalah kesihatan. Jika anda perasan sebarang perubahan pada kucing anda, anda perlulah segera mendapatkan pemeriksaan oleh veterinar untuk memastikan kucing anda sihat secara fizikalnya.

1. Berbunyi secara berlebihan

Tahukah anda kucing dewasa selalu berbunyi adalah sebagai caranya untuk berkomunikasi dengan manusia? Kucing liar yang tidak mengenali dan menyayangi manusia akan berhenti berbunyi selepas mereka boleh berdikari. Berbunyi jelasnya normal dan tingkahlaku yang sihat… kecuali ia berlebihan. Kucing yang dambakan perhatian akan mewujudkan tingkahlaku berbunyi pada lewat malam atau setiap awal pagi semasa anda cuba untuk tidur.

2. Menyentuh tangan atau kaki anda

Menyentuh anda dengan lembut jelasnya petanda kucing anda memerlukan perhatian yang lebih. Ia seperti caranya untuk menyatakan “Hei awak! Tengok lah saya! Tengok lah saya!”

3. Menjatuhkan benda

Kadangkala kucing akan menjatuhkan benda kerana mereka adalah haiwan yang bersifat ingin tahu dan suka mengetahui bagaimana sesuatu itu berfungsi. Namun sekiranya anda kurang memberikan perhatian kepada kucing anda, anda boleh lihat kucing anda sengaja menjatuhkan benda di hadapan anda.

4. Pencakaran yang tidak sesuai

Mencakar adalah tingkahlaku yang semulajadi dan sihat bagi kucing. Ia membantu kucing untuk meregangkan otot, mengeluarkan tenaga berlebihan dan menanggalkan lapisan kuku mati. Kucing anda akan mencakar di tempat yang tidak sesuai seperti bucu meja makan anda untuk mendapatkan perhatian sejurus mereka lihat dengan melakukan demikian mereka akan menerima respon dari anda.

5.  Melompat naik ke tempat yang tidak dibenarkan

Pernah tidak kucing anda melompat naik ke kaunter dapur semasa anda sedang menyediakan makanan? Atau naik ke meja ketika anda makan? Atau di mana sahaja tempat yang ia tidak dibenarkan? Ini jelaslah yang kucing anda perlukan anda untuk meluangkan masa dengannya. Cuba jadualkan masa bermain yang interaktif bersama kucing anda selama 20 minit sebelum mula lakukan kerja-kerja seperti memasak.

Gambar: Vancouver Sun

Walaupun anda bela kucing tapi anda tidak pernah meluangkan masa bersamanya atau tidak pernah memberikan perhatian, kucing anda akan kesunyian dan tertekan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda membela seekor sahaja kucing. Luangkanlah masa bersama kucing anda sehari sekurang-kurangnya 20 minit. Anda akan perasan perubahan yang ketara pada personaliti kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment