5 Tanda Kucing Tidak Gembira

Adakah kucing anda kucing yang ceria gembira atau kucing yang muram dan tidak gembira?

Oleh kerana manusia dan kucing tidak dapat berkomunikasi secara normal, berikut merupakan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan kucing anda tidak gembira.

1. Malas dari kebiasaan

Secara normalnya kucing memang akan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari. Namun apabila kucing anda dalam keadaan berjaga, bagaimanakah sikapnya?

Adakah kucing anda asyik berbaring selain dari bermain dan melakukan hal-hal seperti kucing yang normal?

Jika kucing anda bermalas-malasan sahaja mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Perlu diingatkan kucing indoor mudah untuk bosan. Seperti juga manusia, kucing juga perlukan stimulasi, namun lama kelamaan kucing akan menerima situasi tersebut dan hidup bermalasan yang jelasnya satu kehidupan yang tidak sihat. Sama juga seperti manusia jika menjalani kehidupan bermalas-malasan.

2. Asyik berbunyi tanpa sebab yang jelas

Kucing cenderung untuk berbunyi yang kedengaran sangat dramatik dan penuh kesedihan untuk menyatakan ketidakselesaan mereka. Kucing suka berbunyi apabila lapar namun kadangkala tindakan ini disalahertikan. Jika kucing anda sering berbunyi walaupun mangkuk mereka sudah ada makanan, mungkin kucing anda cuba memberitahu anda sesuatu.

3. Menjadi garang dan suka menyendiri

Kucing anda yang dahulunya suka dibelai dipeluk kini menjadi seekor kucing yang selalu marah-marah dan moody. Ini jelasnya menunjukkan kucing anda tidak gembira dan tidak bahagia.

4. Menjadi cerewet makan atau tiba-tiba menjadi pelahap

Kucing lama kelamaan akan menjadi bosan sekiranya asyik memakan makanan yang sama sahaja. Sama la kita pun kan? Kucing yang tidak bahagia juga akan menjadi pelahap. Yea kucing gemuk sememangnya comel namun kegemukan pada kucing banyak menyumbang kepada penyakit.

5. Terlebih menjilat atau langsung tidak jilat diri sendiri

Kucing Sememangnya haiwan yang rajin membersihkan diri sendiri. Sekiranya anda melihat kucing anda sudah tidak menjaga dirinya sendiri, ada sesuatu tidak kena dengan kucing anda. Samaada kucing anda depresi ataupun sakit.

Menjaga kucing ni banyak perkara yang perlu kita jaga. Selain makan, minum dan tempat tinggal kita sebagai penjaga kucing yang bertanggungjawab perlu memasti

Leave a comment