5 Senarai Baka Kucing Yang Bijak Sekiranya Anda Inginkan Peneman Yang Pintar

Kucing tidak selalunya patuh apabila berkaitan ujian kecerdikan standad. Professor Mary Bly menjelaskan,

“Anjing akan datang apabila dipanggil, kucing pula menerima mesej dan datang semula kepada anda.”

Walaubagaimanapun terdapat beberapa baka kucing yang jelas tahap kecerdikkannya. Jadi sekiranya anda mencari kucing yang pintar dan cerdik, ini merupakan baka kucing yang sesuai untuk anda.

1. Bengal

Baka kucing yang cantik ini merupakan paling top antara kucing yang cerdik menurut kajian yang dilakukan oleh Purina. Kucing bengal wujud sejak tahun 1980an dan merupakan hasil dari pembiakan silang antara kucing domestik dengan kucing harimau bintang asia.

Bengal dikenali dengan kebolehan mereka melakukan helah melalui kecerdikkan mereka sendiri sama ada mereka ingin patuh atau tidak. Kucing bengal juga antara kucing yang paling terbaik sekiranya anda ingin gunakan leash.

BACA JUGA: Fakta mengenai kucing bengal

2. Abyssinian

Baka kucing abyssinian juga merupakan haiwan yang cantik. Betinanya kecil dan anggun manakala jantannya besar dan kelihatan seperti singa oren. Kucing baka ini dikenali dengan ‘aby-grabbbies’ menurut Purina. Ini adalah kerana sifat mereka yang cenderung untuk memegang sesuatu yang menarik perhatian mereka dari permainan sehinggalah kabel.

3. Kucing siam

Kucing bijak yang klasik jatuh kepada kucing siam. Baka kucing yang berasal dari Thailand ini sangat penyayang dan mudah untuk dilatih. Itulah sebabnya kucing ini dikenali dengan reputasi kecerdikannya.

Kucing siam juga mudah untuk dilatih leash (tali) dan sangat bagus dalam permainan puzzle dan permainan stimulasi yang kompleks.

baca juga:

fakta kucing siam

jenis kucing siam yang ada

 

4. Singapura

Tidak pernah dengar mengenai kucing baka ini? Bersedia untuk jatuh cinta dengan keunikan dan kecantikan kucing ini. Juga dikenali sebagai Pura, baka kucing jenis ini sangat bijak. Kebijakan kucing jenis ini ditunjukkan pada sifat extroversi dan kasih sayang mereka terhadap manusia.

Baca juga: Fakta mengenai kucing singapura

5. Burma

Berasal dari tempat yang sama seperti namanya iaitu Burma yang kini Myanmar. Dikatakan versi gelap kucing siam, namun kucing burma sedikit kecil. Merupakan kucing yang mudah menyesuaikan diri, kucing burma juga mudah mempelajari banyak helah.

Suka berbunyi juga seperti kucing siam cumanya kucing burma lebih senyap dari kucing siam. Dikatakan lebih pintar secara emosi berbanding kucing yang lain, oleh kerana itulah kucing burma merupakan haiwan peliharaan yang paling terbaik. Mereka mampu membaca mood pemilik mereka dan pandai memujuk apabila pemilik mereka kesedihan. Kucing burma juga antara baka kucing yang paling hidup lama. Mereka mampu hidup sehingga 16 tahun lamanya.

Kucing baka asli selalunya berakhir di pusat perlindungan kerana pemilik mereka tidak mampu menjaga mereka. Ini selalunya terjadi kepada baka kucing yang pintar kerana memerlukan penjagaan dan sangat demanding! Jika anda ingin membela baka kucing seperti ini anda boleh mencari di pusat-pusat perlindungan yang ada. Rasa semua baka kucing ini mudah untuk dicari di pusat perlindungan cuma kucing abyssinian sahaja la kot takkan ada. Jangan terkejut ada ya kucing bengal yang kena buang dan berakhir di pusat perlindungan. Jadi Adopt dont shop ok!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment