5 Sebab Untuk Tidak Menghukum Kucing Anda

Walaupun paksaan dan hukuman boleh mengurangkan tingkahlaku yang buruk kucing anda, ia sebenarnya tidak mengajar kucing apa yang sepatutnya dilakukan pun.

Tambahan lagi, terdapat kekurangan terhadap kaedah ini dalam mengubah tingkahlaku kucing.

Kredit Gambar: Catster

Dr. Susan Friedman, seorang pakar analisa tingkahlaku yang mengajar asas tingkahlaku kepada pakar tingkahlaku haiwan berkata di kelasnya,

“Masalah dengan hukuman ini ia tidak mengajar pelajar dalam apa yang perlu dibuat dan kesan buruk yang boleh dirasai setelah dihukum adalah lebih mendatangkan kerosakan.”

Ini merupakan kesan buruk apabila menghukum kucing anda:

1. Tekanan

Semua tingkahlaku buruk ada sebabnya. Kucing tidak jahat dan tidak berasa marah kepada pemilik mereka apabila mereka melakukan aktiviti yang tidak menyenangkan. Apa yang manusia selalu anggap sebagai tingkahlaku buruk ialah respon penuh tekanan dari kucing anda kepada sesuatu di persekitarannya. Adalah perkara biasa jika kucing yang tertekan bertindak mengikut nalurinya. Seringkali tingkahlaku ini sangat tidak selesa untuk dihadapi.

Hukuman juga dapat meningkatkan kegelisahan dan menyebabkan kucing berasa tidak selamat. Seperti semua haiwan, kucing perlu berasa selamat di dunia mereka. Ia sangat mencabar untuk berasa selamat dan gembira pada waktu yang sama dihukum atau dijerit.

2. Meningkatkan ketidakselesaan

Menghukum kucing anda dapat meningkatkan tingkahlaku buruk yang asal disamping mewujudkan tingkahlaku yang baru. Ini adalah kerana kaedah yang memaksa adalah sangat memberi tekanan kepada kucing dan kaedah ini selalu mengakibatkan kerosakan.

3. Memburukkan lagi ikatan bersama kucing

Kucing mempunyai perspektif yang berbeza terhadap tingkahlaku mereka dari apa yang dilihat oleh manusia. Kucing tidak menganggap tingkahlaku mereka sebagai jahat atau merosakkan. Itu adalah apa yang dilakukan manusia. Apabila anda menghukum kucing anda kerana masalah tingkahlaku yang anda dapati sangat tidak menyenangkan, kucing anda akan memahami hukuman tersebut dari sesiapa sahaja yang menghukum. Keadaan ini akan membuat kucing anda menjauhkan diri kepada anda. Manusia yang asalnya disayangi dan dipercayai oleh kucing sekarang bertukar menjadi seseorang yang ditakuti.

4. Kawasan yang sering dihukum menjadi kepantangan kepada kucing

Selalunya kucing akan enggan menghampiri kawasan di mana mereka dihukum. Jika kotak najis berada di kawasan berhampiran dengan kawasan hukuman mereka, kucing akan enggan menggunakan kotak najis di situ.

5. Memberi kesan kepada si penghukum

Kesan buruk yang seringkali terlepas pandang adalah kesan yang terdapat pada penghukum. Ini bermakna, anda akan mempelajari yang hukuman boleh menghentikan atau mengurangkan tingkahlaku — dan anda akan lebih suka menggunakan kaedah ini lagi dan lagi.

Seperti contoh apabila hukuman tidak menghentikan masalah tingkahlaku, pemilik kucing mesti berasa sangat kecewa dan akan menambahkan usaha mereka dalam mengubah tingkahlaku tersebut.
Lagi kesan buruk dari menghukum kucing anda adalah apa yang ia buat penghukum rasa setelah menghukum kucing. Menjerit dan menghukum dapat meluahkan perasaan kecewa apabila situasi tidak menyenangkan kelihatan tidak dapat diselesaikan. Boleh berasa elok untuk menjerit.
Seperti yang anda lihat walaupun hukuman kelihatan seperti penyelesaian yang terbaik untuk masa ini, kesan buruk dari itu sangat memudaratkan. Anda boleh belajar untuk mengubah tingkahlaku kucing dan cuba mengajar mereka tingkahlaku yang baru dengan kaedah bebas hukuman yang mungkin mengambil masa lebih dari biasa namun hasilnya sangat berbaloi. Ini juga dapat membina ikatan antara anda dan kucing anda. Bonusnya, kucing anda gembira, anda pon gembira. Win win situation.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment