Terdapat beberapa kucing yang tidak minat untuk duduk di riba pemiliknya dan ada juga kucing yang suka duduk di riba pemiliknya apabila ada peluang.
Ini merupakan kepelbagaian yang jelas antara kucing dan kucing yang lain serta jenis baka kucing. Kita tahu bukan yang kucing ini mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza pada setiap kucing. Kucing yang suka duduk di riba ini selalunya digelar ‘lap cat‘. Adakah kucing anda lap cat? Ini merupakan 5 sebab kenapa kucing anda suka duduk di riba anda:
1. Membina ikatan
Kadangkala kucing akan mencari pemiliknya untuk membina ikatan. Contohnya seekor kucing mungkin belajar dari pengalaman yang seseorang akan membelai mereka sekiranya mereka datang dan duduk di riba mereka. Kucing akan lakukan ini kerana mereka suka dibelai pada masa yang sesuai.
2. Keselesaan
Kucing boleh memotivasikan diri untuk duduk di riba pemilik mereka kerana sebab yang mudah iaitu mereka mencari keselesaan. Buktinya, jika anda memakai pakaian dari material yang selesa dengan cepat kucing akan datang duduk di riba anda. Buktinya sekiranya anda memakai kain, rakan anda memakai seluar jeans, sudah tentu anda yang didatangi oleh kucing untuk duduk diriba. Kerana kain semestinya selesa bagi kucing berbanding seluar jeans.
3. Rasa selamat
Rasa selamat adalah penting untuk dirasai oleh kucing anda. Kucing akan duduk berehat di mana ia rasa selamat. Jika kucing anda sampai tertidur di riba anda, ketahuilah yang kucing anda sememangnya rasa selamat dengan anda.
4. Kehangatan
Jika cuaca agak dingin dan sejuk, kucing anda semestinya akan datang duduk di riba kerana mereka mencari sumber untuk menghangatkan diri mereka. Oleh sebab manusia ini agak hangat, ini menjadikan kita pilihan yang terbaik untuk jadi sumber keselesaan kucing kita.
5. Bermanja
Sememangnya kucing adalah haiwan yang manja dan apabila mereka duduk di riba pemilik mereka bermakna kucing tersebut ingin bermanja dan meluangkan masa bersama pemilik mereka.
Kesimpulan
Kesimpulannya kemahuan kucing untuk duduk di riba pemilik mereka adalah sesuatu yang kita boleh lihat kepelbagaian yang menakjubkan. Ada kucing yang suka meriba dan ada kucing yang enggan. Walaubagaimanapun satu perkara yang pemilik kucing perlu ingat yang kucing tidak boleh dipaksa sekiranya mereka tidak suka meriba. Kucing anda patut dilayan dengan elok supaya ia selesa dengan anda dan dapat membina ikatan yang kuat dengan anda. Tidak kisah lah kucing anda tidak suka duduk di riba. Terimalah kucing anda seadanya mereka.