5 Sebab Kenapa Kucing Oren Sangat Special!

Hari Penghargaan Kucing Oren jatuh pada bulan September, namun pada bila bila masa kita boleh menghargai makhluk comel ini.

Kita semua pasti kenal karakter kucing oren yang terkenal seperti Garfield dan juga Puss in Boots. Peminat kucing oren rasanya tahu dah lima sebab yang MM nak bincangkan ini tapi jom kita tengok apa 5 sebab kucing oren sangat special:

Warna kucing oren

Sama seperti manusia terdapat pelbagai jenis warna oren yang berbeza. Ada yang oren, ada yang oren kemerahan dan juga oren cerah kekuningan. Pheomelamine adalah pigmen yang bertanggungjawab dalam warna oren pada kucing. Jumlah pigmen ini menentukan berapa pekat warna oren dalam seseekor kucing.

Jantina kucing oren

Kucing yang berwarna oren kebanyakannya adalah jantan. Ini adalah kerana gen warna oren yang menghasilkan warna oren ini terdapat pada kromosom X. Betina mempunyai dua kromosom X jadi mereka perlukan dua salinan gen ini untuk menjadi kucing oren di mana kucing jantan hanya perlukan satu sahaja. Ini bermakna purata 3 ekor kucing jantan oren kepada seekor sahaja kucing oren betina. Jika bapa kucing berwarna oren, anak anaknya yang betina berkemungkinan menjadi kucing tortoiseshell, calico ataupun kucing oren. Jika kedua dua ibu bapa kucing berwarna oren, makanya anak anak mereka akan kesemuanya berwarna oren. Oleh sebab inilah dikatakan kucing betina yang berwarna oren sangat rare.

Personaliti kucing oren

Walaupun sosialisasi kucing sangat berperanan pada usia yang muda dalam membentuk personaliti kucing, terdapat sedikit bukti yang menunjukkan personaliti kucing berbeza mengikut warna mereka. Kucing jantan oren dikatakan mempunyai reputasi untuk menjadi tegas, suka berbunyi dan aktif. Manakala kucing oren betina lebih tenang dan senyap.

Corak bulu kucing oren

Corak bulu kucing oren terdapat dalam 5 jenis kesemuanya iaitu corak klasik (pusaran), mackerel (belang belang), bintik, ticked (bertanda) dan patched (bertampal)

Mereka semua dianggap sebagai kucing tabby

Semua kucing oren adalah kucing tabby kerana mereka semua mempunyai gen ‘agouti’ namun semua kucing tabby tidak berwarna oren. Salah satu karakteristik yang boleh dilihat pada kucing tabby adalah corak seakan akan huruf M pada dahi mereka. Kucing tabby juga seringkali dianggap sebagai mini harimau.

BACA JUGA: Fakta kucing oren

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment