5 Sebab Kenapa Kucing Boleh Jadikan Kehidupan Anda Lebih Baik dan Gembira

Bukan lagi rahsia yang haiwan peliharaan lebih-lebih lagi kucing dapat memberikan manusia keselesaan dan sokongan.

Inilah sebabnya kucing sangat popular sebagai haiwan peliharaan. Berikut merupakan lima sebab utama kenapa kucing akan buatkan hidup anda lebih gembira:

#1 Terapuitik

Tahukah anda bunyi purring kucing bukan sahaja menenangkan malah ianya juga sangat terapuitik. Untuk sesetengah individu, bunyi purring kucing dapat menyembuhkan apa sahaja kesakitan fizikal mahupun mental.

BACA JUGA: Keajaiban bunyi purring kucing

#2 Sangat baik untuk jantung anda

Dengan membelai kucing anda dengan kerap dan berkala, tahap stress anda akan menurun dengan mendadak. Tambahan lagi ada kajian yang menunjukkan yang pemilik kucing 36% kurang diserang penyakit jantung berbanding orang yang membela anjing mahupun tidak membela apa-apa haiwan peliharaan.

# 3 Anda mempunyai rakan yang setia di rumah

Kucing mampu hidup secara puratanya sehingga 15 tahun dan sangat setia pada pemiliknya. Kucing akan sentiasa menyapa anda pada waktu pagi, petang mahupun malam dan sentiasa mengikuti anda ke mana sahaja.

# 4 Anda sentiasa terhibur dengan telatah kucing

Siapa yang tak suka lihat telatah kucing kan? Kadang kala tengok kucing tidur pun rasa best dah. Tu belum lagi adegan kucing anda mengejar mainan sehingga berlanggar habis semua benda.

# 5 Kucing sangat berdikari

Kucing adalah haiwan yang sangat minimal penjagaannya (melainkan kucing baka parsi kerana kucing ini memerlukan penjagaan tahap maksima). Kucing pandai menjaga dirinya sendiri kerana tidak terlalu  bergantung kepada pemilik mereka. Less stressful gituuuu…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment