5 Sebab Kenapa Ibu Kucing Akan Mengabaikan Anak-anaknya

Salah satu perkara yang mengayat hati adalah melihat ibu kucing menolak, mengabaikan dan tidak mahu menyusukan anak-anaknya.

Walaupun di pusat perlindungan anak-anak kucing yang terbiar selalunya diletakkan dengan ibu kucing lain yang sanggup menyusukan mereka seperti anak-anaknya sendiri.

Jadi sebab apa ada ibu kucing yang menolak dan mengabaikan anak-anaknya sendiri? Terdapat pelbagai sebab yang ada dan sangat membantu sekiranya kita memahami masalah ini. Ini yang patut anda tahu:

1. Ibu kucing meninggalkan sarangnya


Pertama sekali ramai yang selalu menemui dan mengambil anak-anak kucing jalanan dan sangkakan mereka ditinggalkan ibu kucing padahal ibu kucing ada berdekatan mungkin sedang keluar mencari makanan. Ibu kucing terbiar selalunya meninggalkan anak-anaknya untuk mengelakkan anak-anak kucing tersebut diserang kucing lain. Jika anda melihat anak-anak kucing tersebut tidur dengan selesa, dan tidur selepas berbunyi sekejap jadi adalah ibunya itu.

Jika anda mendengar bunyi anak kucing yang tidak henti-henti kemungkinan ibunya tiada atau sakit mahupun tidak berjaya pulang semula ke sarang mahupun paling sedih, mungkin terbunuh. Anak-anak kucing selalunya akan merayau-rayau dan menyebabkan mereka terpisah dengan ibunya. Jika anda.

Jadi sekiranya anda melihat ada ibu kucing kelihatan gelisah dan mundar mandir kemungkinan ia sedang mencari anak-anaknya.

MM pernah terserempak ibu kucing ni mundar mandir mundar mandir dan dengar juga bunyi anak kucing. Pergi pergi tengok rupanya anak dia termasuk dalam longkang… Nasib MM cepat bertindak.

2. Anak kucing berpenyakit atau cacat


Kadangkala ibu kucing akan menolak anak kucing yang sakit untuk mengelakkan penyakit tersebut mengjangkiti anak-anak yang lain. Ibu kucing juga akan meninggalkan anak-anak kucing yang cacat walaupun anak kucing itu sihat. Pakar mengesyorkan untuk mengasingkan anak kucing yang ditolak supaya anak-anak kucing yang lain tidak ditolak juga oleh ibu kucing.

3. Mastitis


Ada dikalangan ibu kucing yang menyusu dijangkiti masitis, satu jangkitan pada kelenjar susu. Ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau anak-anak kucing mencakar tisu kelenjar tersebut semasa penyusuan. Nampak seperti ibu kucing itu menolak anak-anaknya dan tidak mahu menyusukan kerana ia terlalu sakit ketika anak-anak kucing menyusu.

4. Jumlah anak kucing


Sekiranya ibu kucing melahirkan anak-anak kucing terlalu ramai mungkin menyebabkan ibu kucing menolak sesetengah anaknya kerana sekiranya susu tidak mencukupi ibu kucing akan menolak anak kucing yang berlebihan supaya susu cukup untuk semua.

5. Ibu yang tidak cukup matang


Ibu kucing yang terlalu muda yang masih belum terbentuk skill keibuannya mungkin akan keliru atau tidak minat. Ada ibu kucing yang automatiknya menghadapi dunia baru ini namun ada yang tidak. Ibu kucing muda yang tidak berminat dengan dunia keibuaan mungkin kerana ia trauma semasa kelahiran.

Dunia keibuaan boleh jadi dunia yang penuh cabaran bagi mana-mana spesis pun termasuklah manusia. Berikan ibu kucing ini belas kasihan,  pertimbangan dan bantuan sekiranya diperlukan.

Hubungi pusat perlindungan berhampiran, pasukan penyelamat atau veterinar untuk bantuan sekiranya anda perlu dan ingat ya walaupun anak kucing sangat comel, dah banyak anak-anak kucing terbiar ini dieuthanisasi (suntik m4ti) kerana populasi yang berlebihan. Jadi tolong ya kasi dan mandulkan kucing anda. Jadi pemilik kucing yang bertanggungjawab.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment