5 Perkara Yang Membuatkan Kucing Rasa Tidak Disayangi

Kucing bukanlah haiwan peliharaan semata-mata. Mereka adalah sebahagian dari keluarga kita juga dan kita mungkin secara tidak sengaja memberi petanda sebaliknya.

Sejak kucing tidak memahami perkataan ‘i love you’, mereka bergantung kepada tindakan anda samaada kita sayang mereka atau tidak. Ini merupakan 5 perkara yang kita lakukan yang membuatkan kucing rasa tidak disayangi.

1. Tidak membersihkan kotak pasir sekerap yang mungkin

Suka ke kalau kita gunakan tandas yang tidak dibersihkan selama seminggu? Mestilah tidak jadi kenapa anda biarkan kucing anda gunakan kotak pasir yang kotor. Lepas kucing anda mencari tempat bersih untuk membuang najis (seperti karpet) anda marah la pula.

2. Menyakat, menjerit, menghukum, atau mencederakan kucing anda

Menghukum kucing dengan meletakkan mukanya ke najis mereka hanyalah membuatkan kucing anda lebih takut berbanding sayang dengan anda. Menjerit-jerit di dalam rumah pun boleh membuatkan kucing anda terganggu dan sedih walaupun anda bukannya menjerit kepada mereka. Kucing perlu berasa selamat di dalam rumah.

3. Tidak menyediakan stimulasi mental

Jika anda tidak pernah bermain dengan kucing dan biarkan langsir anda tidak berikat sepanjang hari, anda mengatakan kepada kucing anda yang ia tidak layak untuk dihiburkan. Ya kucing suka habiskan masa dengan tidur tapi ini tidak bermakna mereka suka dengan kebosanan sepanjang hari. Kucing perlu melihat di luar tingkap, bermain dengan permainan yang interaktif.

4. Mengendahkan kesakitan mereka

Kucing sememangnya pandai menyembunyikan kesakitan mereka, tapi kita sebagai pemilik kucing seharusnya peka terhadap sebarang perubahan kucing kita.

Apa yang MM lihat kebanyakan pemilik kucing sukar untuk membawa kucing mereka yang sakit ke klinik dengan alasan tidak cukup duit. Ni tips MM nak kongsikan, sejurus anda mengambil keputusan untuk membela kucing, sila menabung duit secara berdisiplin. Ni kira macam insurans lah. Jadi jika jadi apa-apa kepada kucing anda, anda tiada masalah kewangan untuk membawa kucing anda menerima rawatan di klinik. Kucing dah tunjukkan tanda-tanda sakit batu karang pun boleh tanya petua lagi. Kan aniaya kucing tu.

5. Mengabaikan kucing anda

Adakah anda membiarkan kuku kucing anda panjang sampai tersekat di karpet? Adakah anda tunggu mangkuk air mereka jadi berlendir atau mangkuk makanan mereka berkerak baru anda nak basuh? Adakah anda membiarkan bulu kucing anda kusam? Adakah anda memberikan makan dan bersihkan kotak pasir kucing tapi anda tidak pernah memberikan perhatian atau kasih sayang? Ini merupakan tindakan yang jelasnya mengatakan “saya tidak sukakan awak” kepada kucing anda.

Ya kita semua sememangnya sibuk dengan tugasan dan kekangan kerja yang tidak pernah habis, tapi kucing anda layak diluangkan masa bersama setiap hari walaupun sekejap lakukan perkara yang menunjukkan sebanyak mana anda sayangkan mereka.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment