5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Tapak Kaki Kucing

Tapak kaki kucing sememangnya antara benda yang kita sebagai pencinta kucing ni geram melihatnya kan? Jika anda melihat secara terbalik tapak kaki kucing kelihatan seperti beruang comel.

Namun selain dari kecomelannya itu, dan membantu kucing kita bergerak ke mana sahaja, terdapat beberapa informasi yang anda mungkin tidak tahu mengenai tapak kaki kucing. Ini merupakan 5 senarai fakta yang menarik yang anda tidak tahu mengenai tapak kaki kucing:

1. Berjalan secara mengjengket?

Berbeza dari manusia yang berjalan menggunakan keseluruhan tapak kaki, kucing sebenarnya hanya berjalan menggunakan hujung tapak kakinya sahaja pada bahagian jari. Seperti mengjengket gitu.

2. Tulang kuku

Tidak seperti kuku manusia yang tumbuh dari isi hujung jari, kuku kucing tumbuh dari tulang mereka. Jadi inilah sebabnya jangan sesekali membuang kuku (declawing) kucing kerana ia sangat menyakiti kucing. Walaubagaimanapun memotong hujung kuku tidak mengapa.

3. Pengesan suhu

Dilaporkan di Jepun, ramai pemilik kucing memeriksa keadaan kucing mereka dengan hanya memeriksa tapak kaki kucing-seperti mengambil suhu. Jika tapak kaki kucing tersangatlah hangat ini menunjukkan yang kucing mungkin demam dan perlu bertemu veterinar. Menarik bukan?

4. Unik, sama seperti cap jari manusia

Jika anda melihat dengan dekat, anda boleh lihat yang tapak kaki kucing mempunyai corak halus sama seperti cap jari manusia. Menariknya anda boleh mendaftar tapak kaki kucing anda untuk membuka iPhone anda. Tak percaya? Tonton video di bawah ni:

5. Ada sebabnya kenapa tapak kaki kucing tebal

Tapak kaki comel seakan-akan jellybean dan tapak kaki yang tebal berfungsi sebagai penyerap impak dari lompatan yang tinggi. Yang bestnya, tapak kaki kucing membenarkan kucing untuk memburu dengan senyapnya apabila mengendap mangsanya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment