5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Pergaduhan Kucing

MM rasa semua pemilik kucing kenal bunyi kucing bergaduh.

Ia adalah bunyi lolongan dan bunyi nyaring yang dapat mengejutkan kita dari tidur untuk melihat apa kena dengan kucing-kucing kita.

Di sini MM lampirkan untuk anda 5 perkara yang and perlu tahu mengenai pergaduhan kucing…

1. Tidak seperti anjing, kucing bukan haiwan berkumpulan

MM bukan nak bandingkan kucing dan anjing tapi penting untuk ingat fakta untuk kesejahteraan kucing anda. Untuk mengurangkan pergaduhan kucing, sediakan barangan untuk setiap kucing anda. Ini termasuklah benda penting seperti bekas makanan dan bekas air tersendiri. Sharing tu caring tapi bukan bagi kucing!

2. Jangan cuba leraikan kucing yang bergaduh dengan  tangan anda sendiri

Anda mungkin ingin menyerbu masuk dan meleraikan pergaduhan kucing, ini merupakan perbuatan yang sangat merbahaya dan tidak disyorkan. Silap-silap anda yang menjadi mangsa. Bertindak dengan cepat dan cari cara untuk mengalih perhatian mereka. Mainan, snek atau sesuatu yang mereka suka. Paling mudah gunakan spray air je.

3. Terdapat perbezaan antara bermain kasar dan agresif

Ada kucing yang suka bermain kasar dengan kucing lain ini tidak bermakna yang mereka ni bergaduh. Namun ada juga beberapa kucing yang semulajadinya terlebih agresif.

4. Kucing sangat hargai kawasan mereka dan tidak segan untuk mempertahankannya

Pemilikan kucing anda, sama ada ruang atau permainan mereka sangat berharga buat merek. Jika anda membenarkan kucing anda berjalan-jalan dan bermain di luar rumah dan diserang apabila merayau-rayau di luar kawasan mereka, ini mungkin buruk bagi anda dan kucing anda. Penyelesaian yang terbaik adalah dengan membuat penghadang yang dapat mengelakkan kucing anda merayau-rayau jauh. Jadi kucing anda hanya bermain di kawasan rumah sahaja. Penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan kucing anda diserang kucing lain adalah dengan membela kucing secara indoor sahaja.

5. Jika kucing anda tidak berhenti bergaduh mungkin ada sebab yang kita tak nampak

Perubahan pada tingkahlaku kucing secara tiba-toba selalunya membimbangkan mana-mana pemilik kucing. Agresif bukan sesuatu yang terjadi semalaman dan ada sebab kenapa kucing anda yang sweet bertukar agresif. Jika kucing anda tidak berhenti bergaduh penting untuk anda bawa kucing anda yang agresif itu diperiksa oleh veterinar.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment