5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing British Shorthair

Baka kucing yang popular ini sudah ada berkurun lamanya, asalnya dikenali dengan kelebihan mereka ‘menikus’ semasa menjadi kucing ladang di England. Selain dari susur galurnya yang jelas, apa lagi yang anda rasa anda tahu mengenai baka British Shorthair (BSH) ini?

Jom ketahui 5 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai baka kucing yang popular yang disayangi hampir kesemua pencinta kucing di dunia ini:

1. Banyak warna yang ada


Walaupun ramai yang mengenali kucing BSH ini dengan warna kelabu kebiruannya itu, namun kucing baka ini mempunyai hampir 30 warna dan corak yang berbeza. Betul yang baka asli BSH ini mempunyai trademark mata yang besar dan bulu yang tebal tapi pendek dan rasa seakan baldu itu. BSH juga mempunyai pelbagai warna mata yang berbeza bukan hanya mata berwarna tembaga yang manusia sering kaitkan dengan kucing baka ini.

FAKTA MENARIK: Kucing ini dikenali dengan nama British Blue sebelum namanya ditukar

2. Bukan kucing yang suka meriba

Kucing BSH bukan kucing yang akan datang meriba pada anda. Walaupun ia kucing yang lebih suka berada bersama manusia, ia lebih suka lepak dengan anda bukan duduk di riba anda. Kucing ini juga sangat bijak dan suka permainan interaktif dan suka menghiburkan diri sendiri.

FAKTA MENARIK: Kucing BSH adalah kucing yang tidak bising, malah baka ini dikenali dengan sifatnya yang jarang sangat untuk berbunyi.

3. Hidup lama


Kucing baka ini merupakan baka kucing yang sangat sihat dan dikatakan dapat hidup sehingga 20 tahun dengan penjagaan yang sempurna. Namun perlu berhati-hati, seperti kucing domestik yang berbulu pendek, kucing ini sukakan makan dan mudah menjadi obesiti, jika pemakanan mereka tidak dikawal. Oleh kerana rupanya yang tegap, berotot dan wajahnya yang bulat itu, kucing ini seringkali dikatakan sebagai “anjing bulldog” dalam dunia kucing.

4. Baka kucing yang paling popular

Dikatakan kucing BSH ini mengalahkan kepopularan kucing parsi. Dengan muka bulat mata besar tu tak hairan lah kan?!

5. Menjadi inspirasi salah satu watak kucing kisah kanak-kanak yang popular

Dengan pipinya yang bulat, gebu, montel seperti tupai menyimpan kacang dalam pipi tu, tak hairanlah yang watak Cheshire Cat dari buku Lewis Carrolls’ Alice in Wonderland diinspirasikan tidak lain tidak bukan dari kucing BSH. Kucing baka ini juga dikatakan menjadi inspirasi watak Puss and Boots, dan ramai yang mengenali  Church dari Pet Cemetery sebagai kucing BSH juga.

Chuols ada bela kucing BSH ni ke? Jom kongsikan gambar dorang kat ruangan komen k

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment