5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing Bombay

Satu perkara yang jelas, ini adalah baka kucing yang cool!

Dengan bulunya berwarna hitam satin sehingga matanya yang menawan, kucing Bombay kelihatan seperti mini Black Panther gitu.

Berikut merupakan 5 fakta menarik mengenai kucing Bombay.

1. Namanya bukan seperti yang anda fikirkan


Kucing baka buatan manusia ini dinamakan dari kawasan di India yang exotic iaitu bandar Bombay.

Fakta menarik: Kucing bombay keseluruhannya berwarna hitam termasuklah tapak kakinya serta misainya.

2. Tersangat penyayang dan super clingy

Kucing ini dikatakan sangat menyayangi pemiliknya sehingga mengikuti di mana sahaja tuannya berada.

3. Mini Black Panther

Dibiakkan dari kucing Burma dan kucing Amerika Berbulu Pendek yang menghasilkan baka kucing yang seakan-akan mini black Panther dengan bulu yang sangat lembut dan bersinar sehingga menawan hati anda.

4. Secara semulajadinya bersikap ingin tahu dan suka lakukan helah

Kucing ini sangat cerdik dan bersikap ingin tahu dengan keinginan untuk meneroka perkara baru. Oleh sebab ini lah ramai pemilik kucing ini mampu melatih kucing mereka melakukan pelbagai helah selalunya bagaimana untuk menangkap bola!

5. Perhatikan apa yang mereka makan

Kucing Bombay mungkin dapat menyembunyikan tubuh gempal mereka dengan bulunya yang berwarna hitam. Namun kucing ini secara semulajadinya lebih gempal berbanding kucing lain jadi penting untuk mengawal pengambilan makanan supaya kucing anda tidak menjadi kucing obesiti. Jika anda mencari kucing yang setia, bersemangat, kucing hitam bersinar, jadi kucing ini sesuai untuk anda.

Suka kucing? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment