5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing Baka Oriental Berbulu Pendek

Dengan telinga seakan-akan kelawar yang membuatkan rupa kucing ini unik.

Bagi yang mungkin tidak mengenali baka kucing ini, kucing oriental berbulu pendek atau Oriental Shorthair (OSH) adalah antara baka kucing yang menjadi kegemaran pencinta kucing. Berikut merupakan 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai kucing unik ini.

1.  Kucing hipoallergenik

Walaupun tiada kucing yang 100% bebas alergi kepada manusia, kucing OSH dilaporkan tidak memberi reaksi alergi terhadap manusia yang mempunyai alergi kepada kucing.

Fakta menarik: Kucing ini dikatakan cepat cemburu dan enggan berkongsi manusianya

2. Baka kucing paling pintar

Mungkin sukar untuk mengenalpasti baka kucing mana yang paling pintar tapi banyak yang melaporkan yang kucing OSH antara kucing yang terpintar antara semua baka kucing. Kucing pintar ini sukakan interaksi, stimulasi, masa bermain dan secara semulajadinya bersikap ingin tahu dengan persekitaran lebih dari kucing yang biasa.

3. Mempunyai banyak warna dan corak berbanding kucing baka lain

Kucing OSH didatangi dengan pelbagai warna dan corak sekurang-kurangnya hampir 300 gabungan secara tepatnya. Ada yang berbelang, ada yang tiada belang namun kesemua kucing OSH berkongsi wajah yang bersegi, mata yang besar, telinga yang besar dan tinggi dan bentuk tubuh yang langsing.

Walaupun warna yang pelbagai, tiada apa yang dapat menyamakan kucing OSH dengan kucing yang lain kerana rupanya yang unik ini.

Fakta menarik: Kucing OSH adalah hasil dari gabungan kucing Siam, kucing Abyssinian dan kucing Russian Blue.

4. Suka menghiburkan

Kucing baka ini sangat suka berbunyi, suka menjadi tarikan dan sentiasa membuatkan anda terfikir-fikir apa pula yang mereka ingin lakukan. Kucing baka ini menjadi pilihan yang terbaik untuk keluarga yang aktif yang akan memberikan kucing ini kasih sayang dan perhatian yang mencukupi kerana ini merupakan keperluan utama kucing OSH.  Kucing ini tidak sesuai dalam persekitaran yang mereka sering ditinggalkan kerana kucing ini sukakan perhatian dan akan mudah kemurungan seperti kucing siam yang merupakan salasilah asal kucing ini.

5. Sangat suka berbunyi

Sesiapa sahaja yang memiliki kucing OSH, mereka akan bersetuju yang kucing ini suka bersembang dan suka mencari perhatian. Mungkin sebab datang dari kucing siam yang sememangnya suka berbunyi. Walaupun begitu kucing OSH dikenali sebagai kucing yang setia dengan pemiliknya.

Suka kucing? Jangan lupa like The Mamamiaow

Leave a comment