5 Perkara Kucing Cuba Beritahu Anda!

Percaya ataupun tidak terdapat sebab yang logik terhadap perilaku kucing anda yang pelik.

Dari melihat anda tepat di mata sebelum memecahkan gelas kaca di hujung meja kepada secara sengaja tidak mengambus najis yang boleh dikatakan sebagai perilaku memberontak, atau anda hanya beranggapan bahawa kucing anda hanya berkelakuan pelik

Kredit Gambar: Blue Cross

1. Kucing lihat anda seperti kucing yang tidak berguna

Kredit Gambar: VCA Hospital

Seakan kasar kan? Namun menurut anthrozoologist Dr. John Bradshaw, penulis buku Cat Sense, kucing melihat manusia seperti kucing yang besar dan kucing yang tidak berguna bukan lihat sebagai spesis yang lain dan sebab itulah kucing melayan anda seperti kucing yang lain. Kucing ingin membantu memberi makan kepada anda dan memandikan anda kerana skill kucing anda sedihnya tidak mencukupi bagi mereka. Tambahan lagi kucing anda sayangkan anda dan ingin menjaga anda dengan membawa b4ngkai haiwan kepada anda.

2. Saya miaow kepada anda, wahai manusia!

Kredit Gambar: Pet Md

Anak kucing miaow kepada ibunya untuk perhatian namun kucing dewasa jarang sekali untuk miaow berkomunikasi kepada kucing yang lain. Dengan itu jika kucing anda berbunyi miaow, sila beri perhatian. Kucing anda ingin memberitahu anda sesuatu.

3. Saya lebih elok berada di dalam rumah

Kredit Gambar: Pet Md

Secara sejarahnya kucing merupakan haiwan liar, haiwan yang hidup di kawasan luar. Namun apabila kucing didomestikkan dan diindustrikan, kucing lebih selamat jika berada di dalam rumah. Sebagai penjaga kucing, ia menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan simulasi seperti di dunia luar kepada kucing anda namun masih berada dalam situasi yang selamat.

4. Saya perlukan daging

Kucing adalah haiwan karnivor yang bermaksud kucing memerlukan diet daging dalam makanan harian mereka. Mereka memerlukan protein yang banyak dan sedikit karbohidrat dari omnivor. Nenek moyang kucing domestik kita mendapat serat dan karbohidrat dari sistem penghadaman dari haiwan yang mereka buru dan makan.

5. Saya berbunyi purr tidak semestinya saya gembira

Bunyi purr boleh menandakan sebagai kepuasan namun ia juga boleh menandakan kucing anda dalam kesakitan, gelisah atau ingin memanipulasikan anda untuk memberinya makan. Kelly Morgan, tenaga pengajar klinikal di Chicago Center dalam bidang Perubatan Veterinar Universiti Illinois menyatakan bunyi purr adalah seperti manusia senyum. Manusia senyum apabila mereka gembira dan boleh juga senyum apabila mereka tidak selesa atau inginkan sesuatu. Tambahan lagi, bunyi purr juga boleh dinyatakan sebagai kepelbagaian masalah dalaman.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment