5 Perbezaan Utama Antara Kucing Betina Dan Jantan

Anda semestinya sudah tahu perbezaa yang ketara antara kucing jantan dan kucing betina. Ini sama juga pada spesis lain yang jelasnya mempunyai perbezaan dalam tingkahlaku jantan dan betina dengan semua jenis haiwan.

Kredit foto: Catster

Ada yang memutuskan untuk membela kucing mengikut kepada jantina mereka. Ini adalah kerana ada perbezaan yang khusus antara kucing jantan dan betina, bermakna ada beberapa pemilik kucing yang lebih sesuai dengan kucing jantan dan sebaliknya. Jadi apa kunci perbezaan antara kucing jantan dan kucing betina?

1. Pengawanan

Hormon berperanan besar dalam beberapa tingkahlaku kucing, jadi kucing jantan yang tidak dikasi selalunya mempunyai keinginan yang kuat untuk membiak dan ini menjadikan mereka agresif untuk mencari pasangan. Kucing jantan ini tidak akan mahu duduk di dalam rumah dan akan lakukan apa sahaja untuk keluar mencari pasangan. Jika bertemu kucing jantan yang lain, mereka akan bergaduh untuk membuktikan yang mereka adalah kucing jantan yang dominan.

Manakala kucing betina pula berbeza. Kucing betina yang tidak dimandulkan mempunyai keinginan untuk membiak, mereka akan berbunyi dengan kuat untuk menarik perhatian kucing jantan. Namun ada juga kucing betina yang memancutkan urin untuk menarik perhatian kucing jantan. Jadi jangan ingat kucing jantan sahaja yang memancutkan urin.

2. Penandaan kawasan

Seperti yang disebut kan sebelum ini kucing jantan akan memancutkan urin untuk menanda kawasan mereka. Walaupun tingkahlaku ini selalunya terjadi pada kucing jantan, kucing betina yang tidak dimandulkan juga ada yang memancutkan urin kerana tidak mahu berkongsi kawasan kegemaran mereka dengan kucing lain, atau ingin menarik perhatian kucing jantan.

3. Tingkahlaku terhadap kucing lain

Kucing jantan selalunya menerima dan menyayangi kucing lain sejerus selepas dikasi. Mereka juga lebih mempunyai ikatan istimewa dengan kucing yang tinggal bersama atau kerap berjumpa. Kucing betina yang dimandulkan pula boleh jadi sedikit berhati-hati dengan kucing lain. Mereka juga akan mendekati kucing jantan dengan cara yang berbeza. Jika kucing betina memilih rakan, ia selalunya kucing jantan berbanding kucing betina. Kucing betina yang dimandulkan akan lebih berdikari berbanding kucing jantan. Banyak kucing betina yang dimandukan masih ada naluri keibuan dan akan tunjukkan kepada anak kucing walaupun bukan anaknya.

4. Tingkahlaku terhadap pemilik mereka

Terdapat juga perubahan positif pada tingkahlaku kucing jantan terhadap manusia selepas dikasi. Kucing jantan ini akan lebih penyayang dan lebih suka dibelai. Berbanding kucing betina yang dimandulkan selalunya akan lebih berhati-hati terhadap manusia.

5. Berkongsi pemilik

Kedua-dua kucing jantan dan betina boleh rapat dengan pemilik mereka sama saja, tidak kira sama ada mereka ini dikasi/dimandulkan ke tidak, teradapat perbezaan terhadap kesanggupan mereka untuk berkongsi kasih sayang manusia mereka. Kucing jantan lebih mudah berkongsi kasih berbanding kucing betina dan dua ekor kucing jantan selalunya suka duduk di riba pemilik mereka dalam masa yang sama.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak perbezaan antara kucing jantan dan kucing betina dan perbezaan ini bergantung kepada kucing tersebut dikasi/dimandulkan atau tidak. Jantina kucing mana yang anda suka adalah hak anda.

Suka denga apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment