5 Mitos Misteri Mengenai Kucing

Adakah anda seorang penggemar kucing? Kalau ya, anda pasti pernah dengar atau melihat sendiri tingkahlaku lucu haiwan berbulu ini.

Tapi, anda pernah dengar atau tidak mitos mengenai kucing kesayangan anda? Kalau belum, cuba semak lima mitos mengenai kucing yang sangat misteri. Hmmm, Betul ke misteri?

1. Mitos Kucing Hitam

Pernah menjumpai kucing berbulu hitam di seluruh tubuhnya? Atau mungkin anda pernah memeliharanya di rumah? Ada mitos yang mengatakan bila seekor kucing hitam melompat jenaz4h atau may4t, maka orang yang telah meninggal tersebut akan hidup kembali. Pergh kurafat betul haha.

BACA JUGA: Fakta kucing hitam

2. Mitos melanggar Kucing

Buat anda yang suka laju laju di jalan ni, hati-hati ya kalau ada kucing tiba-tiba melintas di depan anda. Lebih baik anda mengelak dari melanggar kucing tersebut. Tapi kalau terlanjur melanggar si kucing tersebut apatah lagi sampai kucing itu m4ti, anda seharusnya bertanggungjawab.

Mitosnya, kalau anda melanggar kucing di jalan sampai ia m4ti, wajib untuk anda menanamnya dengan sempurna. Bukan itu sahaja anda harus menyertakan juga pakaian atau benda yang anda pakai saat itu untuk juga dikuburkan bersama b4ngkai si kucing. Kalau tidak, katanya anda akan mendapatkan nasib malang atau si4l.

3. Mitos Kucing Memindahkan Anaknya Tujuh Kali.

Pernah lihat kucing yang baru melahirkan memindahkan anak-anaknya? Memang sebahagian besar ibu kucing akan memindahkan anak-anaknya dari tempat dia melahirkan ke tempat baru. Tapi ada mitos yang mengatakan, bahawa ibu kucing akan memindahkan anaknya sebanyak tujuh kali. Apasal ya?

4. Mitos Kucing Menjilat Tangannya, Petanda Hujan.


Kucing boleh meramalkan saat bila turunnya hujan? Mitosnya, apabila anda melihat kucing sedang menjilat tangannya, bererti sebentar lagi akan hujan. Biar betul.

5. Mitos Kucing Pergi Dari Rumah Sebelum M4ti.

Ada mitos yang menyebutkan, seekor kucing boleh tahu dia akan m4ti. Apabila mendekati ajalnya si kucing akan menjauh dari rumah pemiliknya, dan akan mencari tempat untuk m4ti.

Kononnya, kucing tidak mahu tuannya bersedih bila menemukannya m4ti di dekat rumah.

BACA JUGA: Tanda tanda kucing sedang nazak

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment