5 Masalah Tingkahlaku Yang Biasa Dilakukan Oleh Kucing

Kebanyakan pemilik kucing akan menghadapi masalah tingkahlaku sekali dalam sepanjang karier menyayangi dan menjaga kucing.

Isu ni boleh bermula dari masalah kecil hinggalah teruk dan selalunya kerana kucing tersebut berasal dari pusat perlindungan.

Kami galakkan semua pemilik kucing untuk cuba dan menghalang masalah ini dari permulaan sebelum ia menjadi lebih teruk.

Berikut MM kongsikan masalah tingkahlaku kucing yang kebiasaannya akan terjadi:

#1 – Mencakar

Mencakar perabot, langsir atau benda yang tidak sepatutnya adalah salah satu punca pemilik kucing menjadi tidak tentu arah. Ada juga yang sanggup pulangkan semula kucing mereka ke pusat perlindungan semula semata-mata masalah ini.

Kucing mencakar untuk mengasah kuku atau meregangkan tubuh mereka. Ramai pemilik kucing tidak menyedari yang pos mencakar yang disediakan terlalu kecil untuk kucing.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menyediakan pos mencakar yang sesuai dengan saiz kucing anda. Untuk membuatkan kucing anda menggemari pos mencakar tersebut anda boleh menyapu esen catnip pada pos tersebut.

Anda juga digalakkan memotong kuku kucing anda sekiranya masalah mencakar kucing anda ini terlalu serius.

#2 – Masalah kotak pasir


Masalah kotak pasir adalah masalah yang biasa dihadapi dan mempunyai pelbagai punca dari masalah ini. Pertama kucing jantan yang sudah matang jika tidak dikasi akan mula menanda kawasan rumah untuk menuntut kawasan jajahannya. Masalah ni boleh diselesaikan dengan mudah dengan mengkasi kucing anda.Ramai pemilik kucing sebenarnya menyediakan kotak pasir yang tidak mencukupi untuk kucing kucing mereka.Peraturan utama adalah dengan menyediakan satu kotak pasir untuk seekor kucing dengan menyediakan satu kotak pasir lebih. Ini membenarkan setiap kucing mempunyai ruang mereka dan privasi mereka sendiri. Ingat manusia saja ke yang pentingkan privasi? heheAntara masalah lain berkaitan kotak pasir adalah masalah kesihatan. Jika kucing anda mula kencing di luar kotak anda perlu membawa kucing anda ke veterinar  untuk pemeriksaan kerana ia merupakan tanda-tanda awal kucing anda mengalami masalah saluran urinari.

#3 – Menggigit

Menggigit adalah perkara biasa di kalangan anak kucing dan kucing muda sebagai mekanisme bermain namun ia tidak perlu digalakkan kerana sangat menyakitkan bagi manusia. Jika kucing anda jadi terlalu agresif, gantikan anggota badan anda dengan permainan. Sentiasa bermain dengan kucing anda supaya kucing anda tidak mempunyai tenaga yang tidak digunakan.

Kucing selalunya menggigit dan mencakar kerana agresif yang selalunya kerana kucing tersebut ketakutan. Kucing agresif terhadap manusia yang mereka kenali selalunya merupakan tanda-tanda isu kesihatan atau persekitaran yang akan ambil masa yang lama untuk mengetahuinya. Kuncinya adalah mengetahui apa punca kucing anda agresif kemudian memikirkan penyelesaian yang bersesuaian.

#4 – Agresif terhadap kucing lain


Agresif terhadap kucing lain yang ada di dalam rumah adalah perkara yang sukar untuk diselesaikan namun ia boleh ditangani. Kebanyakan kucing akan agresif terhadap satu sama lain ketika kali pertama diperkenalkan.
Perkenalan yang buruk akan membuatkan kucing anda tidak akan berbaik jadi penting untuk anda mengambil masa untuk perkenalkan kucing anda dengan sebetulnya.

Kebanyakan kucing ok sahaja apabila diperkenalkan dengan kucing baru, namun ia tidak normal untuk keagresifan kucing tidak disedari pada awalnya. Walaupun sedikit postur antara kucing-kucing ini boleh menjadi tekanan yang melampau bagi kucing yang lemah antara kucing yang lain.

#5 – Aktiviti malam yang berlebihan

Kebanyakan pemilik kucing tahu mengenai pemilikan kucing yang sangat aktif pada waktu malam atau pada awal pagi. Pada mulanya mungkin boleh tahan namun lama kelamaan akan menjadi tekanan pada pemilik kucing ini. Kucing kadang kala akan mengejutkan tuannya dengan hanya berbunyi dengan kuat.

Sekiranya kucing anda suka mengejutkan anda hanya untuk perhatian anda perlu mengetahui sebabnya. Dan pastikan anda banyak meluangkan masa bermain dengan kucing anda pada siang hari supaya kucing anda tidak terlalu aktif pada waktu malam.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment