5 Kesilapan Dalam Membuat Makanan Kucing Homemade Untuk Kucing Anda

Membuat makanan untuk kucing anda boleh jadi cara yang efektif dalam menjimatkan kos dan sangat sihat untuk kucing anda, sekiranya anda melakukan dengan cara yang betul.

Menurut laporan Dr. Karen Becker, anak kucing yang diberi makan ayam mentah sehingga berusia 5 bulan mengalami kekurangan beberapa nutrien penting yang menyebabkan penyakit metabolik tulang, kepincangan kaki belakang dan degenerasi pusat retina.

Berikut merupakan kesilapan yang perlu dielak apabila membuat makanan kucing

Kesilapan 1: Tidak membekalkan taurine

Kita sememangnya tahu taurine sangat penting untuk kucing. Kucing yang kekurangan taurine akan mengalami masalah jantung dan mata yang serius.

Baca mengenai taurine di sini.

Kesilapan 2: Tidak menyediakan nutrien yang penting

Terdapat beberapa nutrien penting bagi kucing yang selalunya tidak terdapat pada makanan kucing buatan sendiri:

  • Niacin (B3) dan thiamin (B1): Vitamin B ini mudah hilang ketika proses memasak, jadi makanan kucing homemade perlu menambah nutrien ini selepas proses memasak atau memanaskan.
  • Vitamin A (bukan beta carotene): Kekurangn Vitamin A boleh menyebabkan kucing anda buta. Kucing tidak dapat menghasilkan vitamin A tidak seperti manusia, kucing tidak dapat mengurai vitamin A dari beta carotene. Kucing mesti mendapatkan vitamin A dari diet mereka. Vitamin A boleh didapati pada hati dan telur kuning.
  • Kalcium: Jika kucing anda makan daging tanpa suplemen kalsium atau tulang (yang sudah dihancurkan), akan menyebabkan banyak masalah kesihatan berkaitan tulang termasuklah hyperparathyroidism.

Kesilapan 3: Menambah suplemen sebelum proses memasak, mengisar atau puree makanan kucing.

Kenapa ianya tidak bagus? Ini adalah segala nutrien-nutrien penting akan hilang kerana proses ini. Anda perlu menambah suplemen ini SELEPAS proses memasak, mengisar atau puree.

Kesilapan 4: Menambah terlalu banyak suplemen (terlebih dos)

Jika anda menambah suplemen terlalu banyak pada makanan kucing, ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan:

  • Magnesium berlebihan akan menyebabkan batu karang
  • Vitamin A, walaupun bagus ianya toksik apabila terlebih dos.
  • Terlebih kalsium juga boleh menyebabkan kucing kurang makan dan mengurangkan tumbesaran pada kucing.
  • Terlebih vitamin D juga toksik kepada kucing.

Kesilapan 5: Menambah bahan-bahan yang tidak sepatutnya kucing makan

Berikut merupakan makanan yang anda tidak seharusnya tambah pada makanan kucing:

  • Bawang merah dan bawang putih – boleh menyebabkan hemolytic anemia pada kucing.
  • Tomato, coklat, grapes dan kismis – toksik pada kucing.
  • Telur putih mentah – Mengandungi protein yang bernama avidin yang mengikat beberapa vitamin B dan menghalang penyerapannya.
  • Susu dipastuer – sangat sukar untuk dihadam kerana enzim lactase dineutralkan dengan proses pempastueran.
  • Serat atau kacang soya (gandum, beras, jagung, oat, dsg) – Pernah dulu direkemenkan untuk menambahkan serat pada makanan kucing seperti nasi dan banyak lagi makanan kucing komersial yang masih menambahkan serat. Tapi, kita kini ketahui yang serat sukar untuk dihadam untuk kucing dan mungkin menyebabkan sembelit.

Adakah anda masak makanan kucing anda sendiri? Jom kongsikan. Boleh tengok senarai resipi makanan kucing dibawah:

Resipi makanan basah 1

Resipi makanan basah 2

Resipi snek

Resipi untuk kucing diabetes, sembelit dan alergi

 

Suka dengan kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment