5 Kerjaya Impian Bagi Pencinta Kucing

Ada mengatakan yang jika seseorang suka dengan apa yang mereka lakukan, mereka tidak rasa seperti bekerja pun dalam hidup mereka.

Pencinta kucing mungkin mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan minat mereka terhadap kucing. Ini merupakan 5 pekerjaan yang terbaik untuk individu yang sangat sukakan kucing:

1. Pekerja pusat perlindungan haiwan

Pusat perlindungan haiwan adalah pilihan terbaik untuk individu yang ingin mempunyai pendedahan secara terus terhadap kehidupan seekor kucing. Lagipun, terdapat banyak kucing di situ yang mampu makan dan minum serta mendapat rawatan kerana usaha pekerja pusat perlindungan dan juga organisasi hak asasi haiwan.

2. Pemilik Kafe Kucing

Bagi pencinta kucing yang minat dalam bidang perniagaan, terdapat pilihan untuk menjadi pemilik kafe kucing. Pendek ceritanya, kafe kucing lebih kurang seperti kafe biasa cuma bezanya ada kucing dalam kafe tersebut yang bebas bergerak dan berinteraksi dengan pengunjung kafe. Ini adalah kerana ada individu di luar sana sangat sukakan kucing namun tidak berpeluang untuk membela kucing. Individu seperti inilah yang akan berkunjung ke kafe anda.

BACA JUGA: Senarai Kafe kucing yang ada di Malaysia

3. Pakar tingkahlaku kucing

Malangnya, pemilik kucing tidak selalunya lahir dengan naluri untuk memahami kucing kesayangan mereka. Oleh sebab inilah ada pemilik kucing mencari bantuan pakar tingkahlaku kucing yang dapat membantu mereka memahami apa yang berlaku dengan kucing mereka dan apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu yang ada. Menjadi pakar tingkahlaku kucing adalah pilihan terbaik untuk pencinta kucing yang suka berinteraksi dengan pelbagai jenis kucing disamping menyelesaikan masalah dan berasa puas melihat pemilik kucing gembira bersama kucing mereka. Menjadi pakar tingkahlaku kucing memerlukan banyak pendidikan dan pengalaman ini bermakna pencinta kucing yang berminat perlu memastikan yang kerjaya ini yang mereka inginkan.

4. Jurufoto kucing

Jika ada pencinta kucing yang minat terhadap dunia fotografi, mereka seharusnya mempertimbangkan untuk menjadi jurufoto kucing di mana mereka akan didedahkan dengan banyak peluang untuk berinteraksi dengan kucing disamping dapat mengambil shot-shot kucing yang menakjubkan.

BACA JUGA: Kenali godfather dunia fotografi kucing

5. Penjaga Kucing

Pemilik kucing memahami betapa sukarnya untuk meninggalkan kucing mereka bersendirian ketika perlu bercuti lama. Inilah sebabnya ada pemilik kucing meninggalkan kucing mereka kepada seseorang yang mempunyai pengkhususan dalam menjaga kucing orang lain. Ala macam babysitter la cuma kalau kucing jadinya cat sitter la hihi. Oleh sebab ini lah di luar sana terdapat perkhidmatan menjaga kucing atau lebih dikenali sebagai ‘cat boarding’. Bagi pencinta kucing yang tidak kisah untuk menjaga kucing orang lain, ini merupakan peluang yang anda ingin ceburi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment