5 Kaedah Merawat Kucing Yang Demam

Tanda yang biasa terjadi ketika kucing demam adalah suhu tubuhnya menjadi lebih tinggi dari kebiasaanya. Gejala ini biasanya timbul kerana tubuhnya sedang melawan bakteria dan virus penyakit.

Rata-rata suhu normal untuk kucing sekitar 37.7 hingga 39.1 darjah celcius. Anda dapat menggunakan thermometer agar lebih mudah mengetahui suhu tubuh kucing.

Penyebab kucing terkena penyakit demam terdiri dari beberapa indikator seperti peradangan, infeksi bakteria, virus penyakit, kekebalan tubuh menurun, hingga alergi oleh ubat ubatan. Suhu badan yang tinggi memang dapat membantu kekebalan tubuhnya agar berfungsi lebih efektif, namun demam yang cukup tinggi mempunyai efek yang cukup bahayak bagi kucing.

Apabila hal ini dibiarkan, maka akan mengakibatkan keros4kan otak kucing kesayangan anda.

CARA MERAWAT KUCING DEMAM

1. Mendinginkan Tubuh Kucing

Salah satu cara alternatif tanpa menggunakan ubat iaitu dengan mendinginkan tubuh kucing yang terkena demam. Caranya dengan membawanya ke ruangan sejuk atau meletakkan kipas angin yang mengenai tubuh kucing. Bila perlu menuam pada tubuhnya atau cakarnya. Perlu diingatkan untuk tidak memandikan kucing anda sewaktu ia sedang demam. Dikhuatiri suhu badannya akan menurun dengan kadar yang cepat dan kucing anda akan mendapat selesema pula sudahnya.

2. Memberi Air Putih yang Cukup

Saat kucing mengalami demam maka tubuhnya akan mengalami dehidrasi, untuk itu catlovers perlu menyediakan air minum yang cukup banyak. Hal ini merupakan salah satu tips untuk menangani kucing demam secara alami tanpa ubat.

3. Memberi Suplemen tenaga dan Vitamin B

Selain ubat, catlovers dapat memberikan suplemen tenaga serta vitamin B untuk meningkatkan selera makannya. Biasanya kucing tidak mahu makan lantaran tubuhnya yang kurang sihat. Apabila dibiarkan saja dan jarang makan, kondisi kucing akan menjadi semakin buruk. Selain menambah selera makan, suplemen tenaga dan vitamin B dapat memberikan nutrisi yang tidak didapati pada makanan kucing.

4. Memilih ubat demam yang selesa

Ubat demam bagi kucing yang cukup baik iaitu tolfenamic acid kerana dapat menangani berbagai permasalah demam termasuk tr4uma, tumor, infeksi dan penyakit lainnya pada kucing. Tolfenamic acid dapat diberikan kepada kucing yang demam dengan dos 1 tablet untuk 3-5 hari khusus berat badan kucing hanya 1.5 kg sebanyak satu tablet sehari. Sedangkan bagi kucing yang memiliki berat mencapai 4.5 kg, anda perlu memberikan 3 tablet dalam sehari.

5. Penggunaan Meloxicam

Salah satu ubat yang cukup efektif untuk meredakan demam kucing iaitu Meloxicam. Dos pada kucing mencapai 0.5 mg/ml sesudah makan. Sebelum memberikan ubat ini kepada kucing anda, perhatikan dos yang tepat agar tidak overd0se.

Perlu diperhatikan juga ketika memberikan meloxicam pada kucing iaitu tidak melebihi 0.5 mg/ml agar tidak overd0se. Selain itu, pemberian meloxicam sendiri tidak diperbolehkan pada kucing yang kekurangan cairan. Ini adalah kerana akan berlakunya kegagalan ginjal yang disebabkan kekurangan cairan sehingga fungsi ginjal menjadi lebih lemah serta aliran d4rah kurang pada ginjal.

Setelah membaca beberapa penyebab dan cara merawat kucing yang terkena demam, semoga dapat mengatasi permasalah catlovers. Namun perlu diingatkan, jangan sesekali memberikan ubat demam manusia untuk kucing anda. Hal ini sangat membahayakan bahkan ber4cun untuk kucing. Sekiranya keadaan kucing anda tidak mengalami sebarang perubahan sila bawa berjumpa veterinar dengan segera.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment