5 Jenis Corak Yang Ada Pada Kucing Belang (Tabby)

Orang ramai selalunya memanggil kucing tabby (kucing belang) ni sejenis kucing domestik, namun kucing tabby bukanlah sejenis baka kucing.

Ia sebenarnya merupakan corak pada bulu kucing belang. Ini menjadikan corak yang kebanyakan kucing akan ada. Teknikalnya tidak kiralah warna kucing anda, sekiranya kucing anda mempunyai corak semua kucing di dalam dunia ini mempunyai gen kucing belang. Kucing lain yang berlainan warna atau corak mungkin menyembunyikan corak belang tersebut namun apabila dilihat dengan teliti, corak tersebut sentiasa ada.

Pengetahuan asas mengenai kucing belang

Kadangkala anda boleh lihat corak belang samar samar pada kucing berwarna solid yang berada di cahaya matahari yang terang. Dan pernah tak anda lihat kucing oren solid, jingga atau berwarna krim tanpa corak belang ini? Anda tidak akan pernah nampak kerana gen yang memberi kucing tersebut warna merah, oren atau krim juga menyebabkan corak belang itu hilang.

Kesemua kucing belang mempunyai garisan pensil yang halus di wajah mereka, corak seakan celak di mata dan semestinya corak huruf ‘M’ di dahi mereka. Ada yang percaya huruf M tersebut adalah bermaksud ‘Mau’ yang merupakan perkataan kucing pada zaman Mesir purba. Ada juga yang beranggapan huruf ‘M’ tersebut adalah Muhammad rasullah kita yang sememangnya sukakan kucing. M untuk Mamamiaow pun boleh kan? Why notttttt~

1. Corak belang klasik

Corak belang klasik mempunyai corak seperti kek marble. Ada yang memanggil kucing jenis ini ‘blotched tabby’

2. Corak belang mackerel

Kucing yang mempunyai corak belang seperti ini selalu dipanggil mini harimau kerana corak kedua dua spesis kucing ini seakan akan sama.

3. Corak belang bintik

Kucing belang jenis bintik well… mempunyai corak bintik di kedua dua sisi badannya. Bintik bintik ini boleh jadi besar, kecil dan kadang kala muncul sebagai belang mackerel yang pecah.

4. Corak belang bertanda (ticked)

Corak belang bertanda kadangkala dipanggil belang abyssinian atau belang agouti ini tidak mempunyai belang tradisional mahupun bintik bintik pada badan atau mungkin tidak pada mulanya berupakan kucing belang.Walaubagaimanapun, seperti kesemua kucing belang, corak ini mempunyai corak belang pada wajah dan bulu agouti pada tubuh.

Apa itu bulu agouti? Jika anda lihat betul betul pada bahagian cerah bulu kucing belang ini anda boleh lihat bahawa setiap helai bulu mempunyai belang warna cerah dan gelap.

Corak bertanda ini selalunya ada pada kucing baka abyssinian namun ada juga pada kucing baka campuran.

5. Corak belang bertompok

Terma ini selalu digunakan untuk menerangkan mengenai kucing belang tortoiseshell (tortie) . Dalam bentuk tipikalnya, ia merupakan corak tompokan yang terpisah antara belang coklat dan belang merah (oren) pada kucing yang sama.

Kucing tortie yang membawa gen kucing belang juga dipanggil torbie. Corak tompok tompok boleh dilihat pada salah satu keempat empat corak yang dijelaskan di atas. Corak ini selalunya lebih jelas pada bahagian kaki dan kepala kucing.

So macam mana corak kucing chuols? Jenis apa?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment