5 Fakta Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing Siam

Walaupun kucing siam yang ditonjolkan dalam filem animasi Disney Lady and The Tramp merupakan kucing jahat, tapi sebenarnya kucing siam sangat penyayang dan sweet.

Mata biru yang cantik dan badannya yang seakan-akan gadis ballerina dan warna bulu dengan corak yang unik inilah yang membuatkan kucing siam diminati ramai. Namun selain dari fakta yang jelas ini apa yang anda rasa anda tahu mengenai kucing baka ini? Ha siapa yang memiliki kucing siam kena baca artikel ini.

1. Ada sebab mata kucing siam berwarna biru

Mata biru yang cantik ini bukan tiba-tiba sahaja terjadi. Gen yang bertanggungjawab dalam memberikan kucing siam corak bulu jugalah yang mengawal jumlah pigmen yang terdapat pada mata. Inilah sebabnya kucing siam mempunyai warna mata biru pucat yang dikenali itu.

2. Suka berbunyi

Kucing baka ini dikenali dengan sifatnya yang suka berbunyi dengan pemiliknya. Mereka suka mengekspresikan perasaan dan permintaan mereka dengan pelbagai jenis bunyi yang berbeza mengikut keperluannya. Jika anda suka kucing yang penyayang dan suka berbunyi, ini merupakan baka kucing yang sesuai untuk anda.

3. Kucing yang sangat clingy

Kucing siam bukanlah baka kucing yang suka berdikari dan tidak mampu hidup dengan selesa dalam persekitaran yang sentiasa ditinggalkan bersendirian di rumah secara kerap. Kucing siam akan jadi depresi sekiranya kerap ditinggalkan sendirian di rumah. Sekiranya anda memiliki kucing baka ini anda akan perasan yang kucing baka ini sentiasa mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi di dalam rumah. Oleh kerana sifat mereka yang tenang dan lembut, kucing siam sangat sesuai  dalam persekitaran yang penuh dengan kanak-kanak. Ini menjadikan kucing baka ini pilihan terbaik sebagai haiwan peliharaan keluarga.

4. Kucing yang sensitif

Semasa dilahirkan, semua baka asli kucing siam lahir dengan bulu keseluruhannya berwarna putih. Semakin lama corak terkenal mereka mula berkembang dalam usia menjelang 4 minggu kerana gen di dalam badan mereka yang merupakan sensitif terhadap haba. Corak pada bulu kucing siam ini muncul di kawasan bahagian badannya yang sensitif ini. Itulah sebabnya corak pada bulu kucing siam lama kelamaan akan semakin gelap.

5. Tiada masalah pendengaran 

Tidak seperti kucing baka lain yang mempunyai mata berwarna biru yang selalunya mempunyai masalah pendengaran, kucing siam tidak pernah dilaporkan mempunyai sebarang masalah dalam pendengaran. Mata biru mereka mempunyai sedikit isu berkaitan penglihatan lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ini membuatkan kucing baka ini banyak bergantung kepada pemilik mereka. Mata yang seakan juling yang banyak berlaku kepada banyak kucing siam sekarang adalah rare kerana kaedah pembiakan yang sangat tepat dan teliti.

Chuols ada kucing siam? Jom kongsi pengalaman memiliki kucing jenis ini di ruangan komen. Orang yang bela kucing siam ni selalu kata kucing baka ni degil betul ke?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment