5 Fakta Mengenai Si Belang Kelabu

Ada bela kucing belang berwarna kelabu atau terfikir untuk membela kucing warna ini?

Berikut kami kongsikan fakta menyeronokkan yang dikaitkan dengan si belang kelabu.

Dalam kesemua kucing dalam dunia kucing, kucing belang berwarna kelabu mungkin antara warna kucing yang digemari ramai. Kucing belang mempunyai ‘treadmark’ corak berbentuk huruf ‘M’ di dahi.

BACA JUGA: Jenis corak belang yang ada pada kucing

1. Bukanlah sejenis baka kucing

Perkataan ‘tabby’ adalah merujuk kepada jenis corak yang ada pada kucing. Ianya bukan sejenis baka kucing.

2. Warna mata kucing belang kelabu

Kucing belang kelabu mungkin mempunyai pelbagai warna mata. Kebanyakan kucing belang kelabu mempunyai mata berwarna kuning dan hijau. Dan kucing belang juga dikenali mempunyai tapak kaki berwarna merah bata atau kelabu.

3. Gen di sebalik kucing belang kelabu

Kucing jantan mendapat warnanya dari gen ibh kucing manakala kucing betina menerima gen dari ibu dan ayah kucing. Tidak seperti kucing belang oren, kucing belang kelabu boleh dijumpai pada kucing betina mahupun kucing jantan. Corak belang dianggap sebagai ciri-ciri dominan, jadi tidak hairanlah yang cotak ini ada di kebanyakan kucing.

Corak belang juga dipercayai sangat terbaik dalam penyamaran. Corak yang strategik ini membantu kucing hidup dengan sendirinya sebelum menjadi teman sejati kepada manusia. Malah terdapat beberapa kucing domestik yang merupakan sanak saudara dekat kepada spesis kucing liar yang memberikan mereka corak belang ini.

4. Kucing belang kelabu merupakan teman yang baik

MM ada seekor kucing belang kelabu sememangnya kucing jenis ini berpewatakan agak menarik. Sememangnya kucing yang setia kerana agak pemalu dengan orang yang tidak dikenali.

5. Suka makan?

Kebanyakan pemilik kucing belang kelabu mengatakan kucing mereka lebih penyayang dan peramah. Eh yeke.. Kucing MM tak pun hehe..

Lagi ciri-ciri yang lain adalah kucing belang kelabu dikatakan suka makan. Kebanyakannya tidak cerewet dan makan apa sahaja yang diberikan kepada mereka. Yang ni kucing MM pun tak dia punya lah cerewet.

Apa kata anda yang ada kucing belang kelabu ni? Kongsi di ruangan komen ya

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment